Berkali kali pergerakan solat dilakukan di setiap rakaat dan bertahun tahun di "amal"kan namun orang islam di zaman moden ini masih lagi "lalai" dari megetahui dan memahami sebab dan akibat pergerakan solat dan kesannya keatas perubahan pemikiran dan sikap pengamal nya.Tidak ada sebab yang menasabah bagi orang islam yang bersolat untuk menafikan neraka wil bagi mereka jika melakukan solat tanpa mengetahui motif dan objektif ,hubungan serta kesan solat nya dalam melakukan perubahan diri keluarga masyarakat dan negara.Oleh yang demikian segala aktiviti yang di katogerikan wajib untuk dilakukan bila bersolat perlu di pelajari,dikaji dan kemudianya mengadaptasikan apa yang di pelajari dan di kaji itu kedalam kehidupan seharian.Al Hasil seorang pengamal solat akan merasai kerajinan kemanisan kelazatan zuk melakukannya.Solat yang sedemikian akan di menafaatkan dan dijadikan sebagai alat untuk membuka jalan laluan pengamal nya dalam usahanya untuk menyempurnakan tugas dan tanggungjawab terhadap diri keluarga bangsa dan negaranya.
Apa yang dikatakan islam itu sama terpakai kepada yang kaya dan yang miskin perlu di rujuk kepada tingkat potensi solat pihak pihak yang terlibat.Sekiranya orang islam yang kaya tidak mengamalkan solatnya dengan sempurna,kekayaan pengamal solat itu mungkin tidak dapat membantu meletakkan dirinya sama seperti pengamal solat yang miskin di sisi Tuhan.Kegagalan untuk mencapai potensi solat bermakna kegagalan untuk memahami erti kemanusiaan (IHSAN) dalam memenafaatkan kekayaanya untuk faedah orang islam yang miskin. Risiko dari ketiadaan perubahan terhadap sikap dan pemikiran sepertimana di atas orang islam yang kaya mungkin mengatakan bahawa kekayaan yang di milikinya adalah dari keberkatan yang di perolehi kesan dari perlakuan solatnya dan seterusnya merasakan keberkatan tersebut tidak boleh di paksa untuk di kongsikan bersama kemenafaatannya dengan yang memerlukan.Perasaan tersebut adalah berpunca dari penyalahgunaan keinginan semulajadi individu kepada material terhasut dari sikap yang tamak dan sebagainya.
Orang islam yang miskin pula tidak akan di anggap sama di sisi Allah swt dengan orang islam yang kaya sekira nya amalan solat yang dilakukan mereka tidak dapat mengubah sikap dan pemikiran yang sinonim dengan faktor kemiskinan iaitu sifat dengki cemburu dan keinginan membolot harga orang yang kaya kerana di dakwa mereka zalim dan menindas.Bila solat tidak mengubah sikap dan pemikiran pelakunya orang islam yang miskin sentiasa mencari sebab untuk membuat permusuhan dengan orang islam yang kaya.
Tanpa amalan solat yang penuh dengan ilmu pengetahuan megenainya di perolehi orang islam yang kaya akan berlaku zalim dengan kekayaannya dan orang islam yang miskin akan berlaku zalim dengan sikap kemiskinannya.Akibatnya mungkin orang islam yang kaya akan sering dimusuhi oleh orang islam yang miskin sehingga sanggup berjuang dan berperang sehingga berbunuh bunuhan sesama sendiri yang anihnya atas alasan "memperjuangkan islam?"
Justru itu setiap lafaz dan makna ayat ayat alquran yang di fahami dengan mendalam semasa bersolat beserta gerak laku "perkerjaan" solatnya perlu di pelajari dan difahami.Konsep sujud rukuk dan sebagainya perlu di rangkumkan untuk mendapatkan suatu inisiatif dalam membuat perubahan kepada sikap dan pemikiran diri sendiri dengan panduan Allah swt.Kepada yang terlalu kaya perasaan sombong yang mungkin menguasai mereka dapat di ubah dengan pertolongan Tuhan kepada suatu persaan yang lebih adil dan tenteram dan berbahagia dengan kemenafaatan yang di punyai mereka dikongsi bersama dengan yang memerlukan.Kepada yang terlalu miskin bila bersolat dengan penuh kesedaran perlu mengubah sikap kepada pemikiran yang lebih adil dan tenteram dengan kemiskinan nya kerana yakin serta percaya akan memperolehi kemenafaatan sebenar kebaikan nya dan sedar tidak akan di sia sia kan Tuhan dengan adanya orang islam dan kaya harta serta kaya juga dengan ilmu pengetahuan solatnya.Sikap cemburu dengki suka membolot harta yang kaya sudah tidak lagi menjadi sebab untuk membenci dan memusuhi orang islam yang kaya.Tanpa kebencian dan permusuhan,amalan solat orang islam kaya maupun miskin akan kelak mudah mudahan diiktiraf Allah swt sebagai solat yang sempurna.
Muhammad Jauhari Hashim
Tiada ulasan:
Catat Ulasan