Sikap membaca dalam masyarakat melayu berada dalam dilema yang getir apabila ianya di pandang dari sudut kerohanian.Orang melayu telah tidak lagi menitik beratkan sikap dan reaksi Nabi Muhammad saw semasa menerima wahyu wahyu dari Tuhan.Sejarah islam tentang kewajipan membaca telah terbukti sebagaimana yang di gambarkan dalam peristiwa pertemuan pertemuan baginda dengan malaikat Jibril untuk menerima wahyu(pelajaran).Baginda di gambarkan berada dalam keadaan yang berlainan dari kebiasaan apabila pertama kali menerima wahyu ilahi kerana perintah untuk baginda membaca tersebut membawa tanggungjawab besar yang terpaksa dipikulnya
SURAH AL ALAQ.
1.Bacalah dengan nama Tuhan Mu yang menjadikan
2.Ia telah jadikan manusia daripada sekepal darah
3.Bacalah kerana Tuhan mu itu yang amat mulia
4.Yang mengajar dengan perantaraan kalam
5.Ia telah ajar manusia apa yang mereka tidak tahu
Peranan membaca dalam pembelajaran dan perkembangan ilmu solat adalah jelas dan tepat dengan saranan isi kandungan ayat ayat di atas.Oleh itu pembacaan yang paling penting dalam susunan tatacara amalan bersolat adalah kewajipan membaca surah alfatihah.Isi kandungan ayat ayat nya bila di baca berulang kali secara konsisten akan di harap dapat memberi faham kepada pelakunya memahami tanggung jawab yang terpaksa di pikul sebagai orang melayu.Motif dan objektif surah ini mungkin perlu dikaji dengan menyeluruh agar kefahamannya itu dapat di nisbahkan dengan tahap perubahan minda sikap dan pemikiran semasa kepada pelakunya.Seorang yang "boleh" membaca dan memahami alfatihah dengan sempurna maka beliau adalah yang terpelajar dalam mana mana masyarakat islam dunia kerana telah mendapat pengajaran terus dari Allah swt tentang apa yang tidak mungkin di ketahui olehnya.
"By universal consent it is (alfatihah)rightly placed in the beginning of al quran as summing up in marvelous terse and comprehensive words,men's revelation in contemplation and prayer in our spiritual contemplation,the first words should be those of praise.If the praise is from our inmost being,it brings us into union with God's will.Then our eyes see all good peace and harmony.Evil rebellion and conflict are purged out.They do no exist for us,for our eyes are lifted up above in praise.Then we must see God"s attributes better.This lead us to the attitude of worship and adknowledgement.And finally comes prayer for guidance and a contemplation of guidance means.The prayer is for our own spiritual education,consolation and confirmation...."
Desakan orang melayu supaya lebih banyak peluang pelajaran solat diberikan kepada anak anak mereka memang sesuai dengan keislaman dan keimanan mereka.Pengajian solat berkaedahkan kajian dan penelitian mungkin boleh menyedarkan lagi mereka tentang apakah peranan mereka terhadap perkembangan islam setelah terserlah sikap yang sepatut nya mereka amalkan kesan dari perkerjaan solat mereka yang sampai kehati.
Dengan membaca dan memahami alfatihah melalui kajian yang mendalam orang melayu mungkin tidak lagi akan khuatir untuk membaca dan menerima pelajaran yang lain kerana asas pelajaran rohaninya akan mengesahkan dan menerima pakai pelajaran lain yang mungkin membentuk nilai nilai baru yang baik agar orang melayu tidak merasa ketinggalan zaman dengan hidup yang tidak sempurna.
Muhammad Jauhari Hashim
Tiada ulasan:
Catat Ulasan