KINDLE

Khamis, 10 Jun 2010

BACAAN DALAM MENUNTUT ILMU SOLAT 5

Alquran telah memberikan garis panduan kepada setiap pelaku solat dalam mencari jalan sebenar dan mengelakkan diri dari ditimpa dengan kecelakaan besar.Mereka tidak dibenarkan untuk mendustakan agama yang mereka anuti dengan menindas dan berlaku zalim pada anak yatim.Mereka juga ditegah dari dari sikap tidak ingin menggalakkan dirinya dan orang lain memberi makanan yang berhak dikeluarkan oleh mereka kepada orang miskin.Ini adalah kerana sikap sikap di atas bukan menggambarkan dirinya sebagai ahli solat.Sikap sikap sebegini pelaku solat sedar akan membawa mereka kepada kelalaian dan kecuaian dalam menyempurnakan tugas dan tanggugjawab solat mereka.

Dunia yang berunsurkan kebendaan akan mungkin melahirkan ramai dajal walaupun mereka mempunyai pengetahuan ugama yang luas.Orang yahudi misalnya menganggap mereka serba boleh kerana sejarah keturunan bangsawan mereka adalah dari nabi nabi yang berilmu pengetahuan pintar serta sukar di cari ganti.Sikap taksub mereka hingga ketahap assabiah yag terkutukBegitu juga dengan intelektual nasrani yang merupakan kaum yang sesat dan menyesatkan.Kesemuanya ini adalah risiko dari penyalahgunaan kitab kitab yang diturunkan dari langit untuk bangsa bangsa mereka.

Begitu juga kesan nya akan berlaku kepada orang melayu apabila cuba mendakwa diri mereka sebagai pejuang alquran tetapi sebaliknya dilabelkan pula sebagai pelampau islam bila orang lain di tuduh tidak islamic (sama seperti yahudi dan nasrani ) seperti mereka.Hakikat amal soleh adalah merupakan ibadah yang paling tinggi yang termampu dilakukan terhadap Allah swt yakni amalan ibadah dan sebarang pekerjaan yang di menafaatkan oleh masyarakat sejagat meliputi tugas tugas belajar mengajar mendakwah menulis dan sebagainya .Setiap manusia di bekalkan dengan Allah swt dengan pancaindera yang cukup untuk digunakan bagi menjalankan hak dan tanggungjawab masing masing kepada Pencipta mereka.

Tugas orang melayu dalam kacamata islam mungkin adalah untuk memberi kefahaman kepada semua manusia supaya memberikan taat setia yang tidak berbelah bagi kepada Allah swt.Dalam melaksanakan tugas yang sebegitu besar orang melayu memerlukan lebih dari pengetahuan keagamaan.Namun begitu akidah dan ibadah orang melayu adalah fokus utama untuk di jadikan sebagai tapak yang di bina dalam menerima ilmu ilmu lain yang bersangkutan dengan perkembangan agama.Dengan wujudnya keadaan sedemikian orang melayu kelak akan terhindar dari keinginan untuk memuaskan kehendak semulajadi diri melampaui keinginan untuk menegakkan agama melalui kekuatan bangsa dan pemerintahan.Tanpa ilmu akidah dan ibadah yang mendalam ilmu keduniaan yang diperolehi berisiko untuk di salahgunakan dalam menuntut kehendak individulistik dan materialistik.

Tidak keterlaluan jika di katakan bahawa ilmu ilmu lain yang di cari orang melayu buat memenohi keperluan mengisi kemerdekaan mereka berjaya di perolehi tanpa landasan akidah dan ibadah yang teguh akan menjadikan orang melayu bijak dan tidak bermoral!Orang yahudi nasrani majusi hindu dan lain lain juga memahami bahawa tanpa taat setia yang tak berbelah bagi kepada Tuhan mereka,nasib yang sama juga akan menimpa mereka.Apa yang jelas manusia sentiasa berada dalam kerugian dalam menguruskan masa mereka bila gagal mempelajari ilmu yang terdapat dalam alquran dari sudut motif dan objektif dalam mengaut falsafah yang ada di dalamnya termasuk permata permata berharga merangkumi kebahagiaan hidup dunia akhirat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan