KINDLE

Sabtu, 10 September 2011

HALANGAN MASYARAKAT BERTAMADUN

Sudut Dakwah

Andaikan bila dipandang pada satu dua sudut,kita akan membuat kesimpulan bahawa selagi seseorang itu belum atau tidak keluar berdakwah sebanyak tiga hari dalam sebulan,selagi itulah keislaman kita tidak sempurna.namun jangan kita MUDAH LUPA bahawa seandainya sesorang itu keluar berdakwah selama berpuluhan hari,masih banyak lagi ciri ciri kesempurnaan iman dan islam patut mereka praktik kan lagi.

Intipati iman dan islam harus dikaji dan di teliti setiap inci penjelasan yang di buat dari awal hingga ke akhir berasaskan pendekatan JIHAD.Skop dan fungsi ayat ayat umpamanya ayat 104 dan 110 Surah  al Imran dimana diterjemahkan sebagai; 
104 "dan hendaklah ada diantara kamu satu puak yang menyeru kepada kebajikan(mengembangkan islam),dan menyuruh berbuat sesuatu perkara yang baik serta melarang daripada melakukan perkara yang salah(buruk dan keji). Dan mereka bersifat demikian itu ialah orang orang yang berjaya"
105 "Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik baik umat dilahirkan bagi faedah umat manusia kerana kamu meyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang segala perkara yang salah serta kamu pula beriman kepada Allah dengan sebenar benar iman.Kalaulah ahli kitab yahudi dan nasrani itu beriman sebagaimana yang semestinya,tentu lah iman itu menjadi baik kepada mereka.Tetapi ada di antara mereka beriman dan kebanyakan dari mereka pulaorang orang yang fasik"

Ayat ayat di atas perlu di rujuk pula dengan ayat 108 surah yang sama yang akan menggambarkan kepada kita bahawa seorang penyeru atau pendakwah mestilah mempelajari ilmu ilmu yang berhubung dengan pentafsiran alquran dan al hadis.Dan dengannya mereka akan di kunjungi dan akan di timba ilmu ilmu mereka oleh segenap kehidupan dipenjuru alam ini.Kitab kitab yang  ditulis mereka akan di guna kan sebagai mata air mengalir di celah celah pelusuk dunia hingga zaman berzaman.Konsep dan prinsip dahwah sebenar bukan lah berada dalam suatu skop yang sempit.Kita khuatir janganlah hendaknya ada pendakwah yang negatif mengajar untuk menjadikan umat islam malas bekerja.Terdapat lapuran sekitar tahun 70 an terdapat pelajar pelajar kedoktoran  universiti  di India enggan mengikuti kursusnya lantaran sebab sebab keagamaan yang diterima secara negatif

Pada zaman sains dan teknologi kini semua sikap negatif sekiranya berterusan akan mengakibatkan bangsa itu menjadi mundur dan mungkin hancur pentadbiran nya.Setengah dari pendakwah kita hari ini banyak menumpukan perkara perkara yang di anggap sebagai label bukan tumpuan kepada identiti atau pembangunan kepada personaliti insan.Malah sesetengah daripada mereka berpakaian yang di dakwa sunat ala pakistan dan india.sedangkan mereka tahu bila menghadiri markas mereka  di London mereka akan berpakaian ala barat pula! Di dalam penulisan ini kita menganggapkan diri sebagai tidak berpihak kepada sesiapa sekadar sebagai seorang melayu islam rakyat Malaysia dan ketaatan kita yakin dan percaya tidak berbelah bagi.Kita cuma bimbang kalau kalau ada di antara kita yang termakan racun yang di taburkan oleh negara negara  luar yang ingin menjadikan kita sebagai pencetus bara api kebencian rakyat kepada pemerintah kita sendiri.

Harus di sedari bahawa jika negara hancur maka ugama juga turut hancur dan rakyat akan kembali di jajah!.Dan segala kuasa yang ada pada kita tidak akan laku lagi.Dan seandainya kita terlibat menyebabkan terjadinya demikian maka kita akan di sumpah pula oleh anak cucu kita sendiri dan menerima kutukan dari Allah atas kejahatan kita.NAUZUBILLA !.Pada kita konsep penerapan nilai nilai islam dalam pemerintahan yang di laksanakan kerajaan kini harus di sambut baik oleh rakyatnya terutama penganut penganut agama islam sendiri.Dan ianya suatu tugas yang amat besar di pertanggungjawabkan keatas umat islam khususnya di Malaysia sesuai dengan saranan ayat al quran yang di terjemahkan sebagai; Ayat 6 al maidah "Dan hendaklah kamu bertolong tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa dan janganlah kamu bertolong tolongan pada melakukan dosa maksiat dan percerobohan"

Di atas dasar kasihkan tanah air bangsa dan agama,kurangkanlah sentimen politik dan politicking negara dan lain lain unsur yang tidak sihat.Malaysia adalah satu satunya negara yang berpotensi membangun sebagai sebuah negara islam dalan jangkamasa yang singkat.Ini adalah di dasarkan kepada kesedaran yang telah sedang dan akan wujud kearah tersebut dikalangan rakyat negara ini lebih lebih lagi tahap kecenderungan anak anak muda kita kepada agama yang mereka anuti.

Wujudnya Universiti Islam Anratabangsa (UIA) sebagai contoh adalah suatu impian yang tertanam lama dalam sanubari pemikir pemikir islam tanah air,lantaran menyedari hakikat kewujudan manusia dan dunia akan berubah semasa kesemasa peranan dan fungsi islam dengan itu mesti di selaraskan dengannya.Umat islam adalah satu satunya umat pilihan dan dipilih oleh Allah s.w.t. lantaran keilmuan mereka mengatasi kepimpinan yang lain kerana pandai memainkan peranan peranan dan fungsi islam itu sesuai dengan kemahuan bangsa bangsa di dunia.Justru itulah hanya kita umat islam sahaja yang layak dijadikan pemimpin di atas mukabumi ini untuk mengendalikan keadilan mengikut pelan fitrah.

Jauhari

Isnin, 22 November 2010

ISLAM DAN SEMANGAT KEBANGSAAN BAH 2

SHAH WALIULLAH AL DAHLAWI  Kitab Hujjatullah Al Balighah Juzuk 1 halaman 247;

"Dan sebahagian dari usul yang harus di perhatikan oleh seseorang pemimpin yang menginginkan umat umat yang berlainan adat dan kebudayaan dibawah kepimpinannya di gabungkan menjadi satu millah (rupa bangsa yang satu) hendaklah  pengajaran agama kepada mereka itu di susun untuk mendirikan khilafah yang am dan hendaklah memastikan khalifah khalifah (pemimpin) pengganti mereka kemudian terdiri dari ahli negeri dan keluarganya yang telah dilahirkan di atas adat resam dan sistem hidup yang tertentu.Ini adalah kerana tidaklah bersamaan menaruh celak pada dua mata dengan bercelak pada asalnya

Dan hendaklah semangat mempertahankan agama dikalangan mereka seiring dengan semangat mempertahankan nasib keturunan mereka.Dan hendaklah ketinggian mertabat dan kebijaksanaan tabiat mereka menggambarkan ketinggian pengasas millah tersebut dalam kebijaksanaan dan tabiatnya.Itulah yang di maksudkan oleh persabdaan Nabi Muhammad saw:{Pemimpin pemimpin itu hendaklah daripada Quraisy}Seorang pemimpin itu hendaklah berpesan kepada pengganti penggantinya supaya mendirikan agama dan meningatkannya.Itulah maksud perkataan Sayiddina Abu Bakar As Siddik ra :{Keteguhan kamu adalah diatas tujuan itu iaitu apa yang telah terbentuk kepada kamu oleh pemimpin pemimpin terdahulu daripada kamu"

Nabi Muhammad saw dan juga ambia ambia yang terdahulu telah di utuskan Allah swt kepada kaum masing masing,supaya dapat di ajar dan di susun menjadi suatu bangsa yang hidup untuk melaksanakan tujuan tujuan yang telah di tetapkan Allah swt dalam risalah risalah nabi yang di utuskan bagi mereka.Ini adalah kerana mustahil untuk menjalankan kewajiban risalah risalah itu dengan semata mata bergantung kepada keimanan tanpa di sertai dengan tarikan kekuatan tabiat yang lahir dari keturunan darah.

Umpama seseorang yang hendak berkahwin,meskipun di kehendaki mendahului pilihan berdasarkan perempuan yang berugama atas motif untuk mendapatkan zuriat yang soleh,perkahwinan tersebut tidak mungkin berlaku antara seorang lelaki dan seorang perempuan sekiranya perempuan itu tidak cantik rupa parasnuya dan menarik gaya tingkah lakunya kepada lelaki tersebut.Dengan sebab itu syarak menggalakkan supaya seorang lelaki memilih isterinya yang cantik dan menarik pada pandangannya supaya kedua dua nya dapat berkongsi hidup dengan lebih mesra dan berkekalan.Begitu juga dengan pihak perempuan,hendaklah memiliih suami yang kacak dan bijaksana kerana dengan itu kepimpinan dalam keluarga tersebut akan membawa kepada hidup yang yang lebih bahagia dan berjaya.

Oleh itu semangat kebangsaan hendaklah di kekalkan dalam kehidupan masyarakat islam dalam menegakkan ajaran alquran.Islam mengakui kepentingan kepentingan sesuatu kaum itu mesti di pelihara khususnya dalam membentuk syariat.Islam meraikan segala kemahuan dan adat resam sesuatu kaum sebagai sumber yang utama bagi kelahirannya.Islam telah meletakkan asas segala peraturan hidup dan perundangan di atas semangat kebangsaan yang telah menjadi tabiat semulajadi bagi tiap tiap manusia.Semangat itu sememangnya di akui dan di gesa untuk di hormati mengikut ajaran alquran.

Ulamak ulamak islam seperti Syed Qutb dan Abu A"la Al Maududi mungkin telah terkeliru jauh tentang memahami masaalah ini.Mereka menyangka fahaman kebangsaan itu bertentangan dengan ajaran islam dan alquran kerana mereka memandang semangat kebangsaan dalam ertikata yang sempit sedangkan kesilapan itu bukan timbul dari fahaman kebangsaan tetapi telah timbul dari kesilapan fahaman fanatik(Assabiah) yang sememangnya di tegah oleh islam.Sekiran nya fahaman kebangsaan dan kekeluargaan itu bertentangan dengan islam,tentulah di dalam alquran tidak diturun kan Allah swt ayat ayat umpama hukum hukum membahagi harta pesaka selepas mati kepada waris waris sebagaimana yang termaklum.Tidaklah juga  diturunkan Allah swt ayat ayat menentukan cara pemberian nafkah yang baik yang pada mulanya ditujukan kedua ibubapa dan kerabat kerabat yang hampir dan sebagainya.

Nabi Muhammad saw juga  menggalakkan orang orang yang beriman supaya berkahwin dengan perempuan perempuan bangsawan dan berketurunan baik.Sekiranya kesemua manusia itu bersamaan sahaja dari segi darjah dan kebolehan,tentulah Nabi Muhammad saw tidak bersabda sedemikian.Nabi Muhammad saw memang menjaga tiap tiap orang yang beriman supaya jangan menggunakan fahaman kebangsaan itu sebagai alat untuk melakukan kezaliman kepada bangsa lain atau memandang tinggi kepada bangsa yang lain kerana ini adalah merupakan suatu penyakit masyarakat dan jenayah yang mesti di hapuskan.

Ahad, 21 November 2010

ISLAM DAN SEMANGAT KEBANGSAAN BAH 1

Salinan dari Majalah Al Islah Pulau Pinang Bil 19 jilid satu bertarikh 13hb November 1970

Pendapat Syed Qutb Mesir Dalam kitab MAALIM FIL TARIQ
"Sesungguhnya islam itu telah membebaskan manusia dari terikat dengan tanah supaya mereka dapat naik ke langit.Islam juga membebaskan mereka dari sebarang kaitan darah yang bercorak kebinatangan supaya mereka dapat mencapai ke matlamat yang tinggi,terhormat dan mulia yang perlu di pertahankan secara habis habisan bukan sekeping tanah yang tertentu.

Rupa bangsa seorang muslim yang menjadi tanda pengenalannya bukan rupa bangsa dari suatu pemerintahan yang tertentu.Kaum kerabat seorang muslim yang di hormati dan di gaulinya bukanlah berdasarkan titisan darah keturunan.Bendera seorang muslim yang melindungi nya bukan bendera perkauman dan kebangsaan.Manakala kemenangan seorang muslim yang di banggakan adalah apabila bersyukur kepada Tuhan kerana kemenangan tersebut bukan lah dari kemenangan tentera sebagaimana maksud firmanNya dalah Surah An Nasr iaitu....{Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan,kamu lihat manusia masuk  agama Allah dengan berduyun duyun;maka bertasbihlah dengan memuji Tuhan mu dan mohonlah ampun kepadaNya.Sesungguhnya Dia adalah Maha Penerima Taubat}

Kemenangan adalah di bawah panji panji akidah bukanya di bawah panji panji lain.Perjuangan dan jihad adalah untuk kemenangan agama dan syariat Allah swt bukanya kerana motif motif yang lain.Pembelaan adalah terhadap negara islam yang menjalankan syarat syarat yang termaklum itu bukannya bukan negara yang berbentuk lain dari itu.Mengikhlaskan semuanya itu kerana Allah semata mata bukan kerana mendapat keuntungan dan kemegahan nama.Bukan pula untuk kebangggaan bagi sesuatu negeri dan kaum atau mempertahankan kepentigan keluarga dan anak pinak kecuali untuk mengawal dan melindungi mereka dari dilanda fitnah dan kerusakan mengenai agama Allah swt.

Setiap negeri yang memusuhi seorang islam di dalam akidah dan menghalangnya dari menjalankan peraturan peraturan agama dan menyekat perlaksanaan syariatnya adalah menjadi musuh negara,sekalipun didalam negeri itu terdapat keluarga kaum kerabat bangsa keturunan harta benda dan barang barang dagangannya.Manakala setiap negeri yang berkuasa dalam akidah islam dan perlaksanaan dalam syariatnya adalah sebuah negara islam,sekalipun disana tiada keluarga kerabat saudara mara dan kenalannya berserta tiada barang barang dagangan dan apa jua kepentingannya.Pengertian negeri dan tanah air itu ialah negeri yang di perintah oleh akidah peraturan hidup dan syariat yang datang dari Allah sahaja kerana inilah jua yang sesuai dengan manusia.Manakala rupa bangsanya pula adalah akidah peraturan dan program hidup dan hubungan tali persaudaraan yang sesuai dan layak untuk bani Adam sahja.Sesungguhnya sifat fanatik kepada kaum kerabat suku bangsa dan warna kulit serta tanah air adalah sifat fanatik yang kerdil dan memundurkan sebagaimana sifat fanatik yang di kenal oleh manusia di zaman kemunduran jiwa dan rupa.Ia di namakan oleh Rasulullah saw sebagai busuk iaitu keadaan yang menimbulkan rasa jijik dan benci."

Ramai kini menyangka bahawa islam itu merupakan satu rupa bangsa bagi mereka yang memeluknya.Dan islam telah datang untuk menghapuskan segala bentuk rupa bangsa dan keistimewaan yang berdasarkan kepada tabiat kebolehan dan iklim yang berbeza beza.Ramai kini yang berpendapat bahawa islam itu suatu agama yang membentuk suatu corak bangsa yang boleh dipanggil  bangsa muslim dan kerajaan yang didirikan dibawah peraturan dan syariat islam boleh di panggil negara islam.Namun begitu setiap pendapat hendak lah di kaji secara halus dari asas asas falsafah tamaddun islam dan lunas pembentukan kerajaan islam yang di praktikkan oleh Rasulullah saw.Kemudian kajian yang halus pula  di buat kepada peranan kesemua ambia ambia yang di utuskan Allah swt  sejak dari Nabi Adam sepertimana yang tertulis dalam sejarah sejarah yang lahir dari pendapat pendapat hukamak dan ahli ahli falsafah tamaddun yang bijaksana di seluruh dunia.

Isunya adalah samaada pendapat Syed Qutb ini suatu pendapat yang menyeleweng dari suatu kajian yang yang tidak berasaskan kepada ajaran islam yang maha suci atau pun tidak?Adakah pendapat seperti ini di buat apabila mengkaji tulisan kaum oriantalis barat yang sengaja hendak menghancurkan semangat dan tenaga revolusi islam yang di tunjukkan  oleh Rasulullah saw dengan harapan kita akan membuka jalan memberi peluang  kepada musuh musuh islam meyusup masuk kedalam masyarakat islam apabila kita telah hilang pedoman hidup yang berasaskan kepada ajaran alquran dan tunjukkan Nabi Allah tersebut?

Keadaan diatas akan menjadi suatu keyataan apabila setiap pendapat itu berlawanan dengan fitrah manusia dan mengubah ciptaan Allah swt yang menjadikan manusia dari peringkat keperibadian bangsa kepada keperibadian antarabangsa.Dengan semangat ajaran yang di namakan islam,islam dan islam inlah akan mengalpakan umat umat yang percaya kepada alquran.Kita akan lupa apa yang perlu kita ikuti untuk mendapat kemuliaan kehormatan dan kebahagiaan yang di janjikan Allah swt kepada kita.Kerana tidaklah pasti segala teori dan pendapat itu dapat dilakukan kerana ianya tidak mengikut sunnah ciptaan Allah swt di alam ini dan tidak pula meraikan segala keistimewaan keistimewaan yang terkandung di dalam alat alat yang di jadikan Allah swt itu kepada kita.Malang nya kita apabila mendengar perkataan islam,sudah cukup untuk kita mempercayainya walaupun kita tidak dapat mencapai kejayaan dengan teori yang tidak berasas itu.kita tetap bermegah dengan islam kerana itulah agama yang menjadi matalamat cita cita kita.

Namun begitu sejarah telah meyaksi,bahawa tidak ada suatu umat pun di dunia yang tidak mengetahui bahawa teori yang tidak mengikut sunnah ciptaan Allah swt itu akan dapat mencapai kejayaan dan menguntungkan bangsa dan agama islam.Di sebaliknya teori seperti ini akan menguntungkan negara negara yang gagah perkasa sebagai penjajah menjadikan negara negara islam sebegini sebagai tempat dan sumber ekonomi mereka dan sebagai pasar bagi jualan keluaran mereka.Ini adalah kerana negara yang tidak mengikut jalan sunnah itu pasti umatnya menjadi umat yang ragu ragu,umat zahid,umat beribadat,umat bersopan baik,umat yang tidak berperasaan tinggi,umat yang tidak mempunyai maruah,umat yang memadai dengan hidup sekadar makan dan minum sahaja,umat yang suka menumpang kepada yang lain.

Al Hasil dengan teori sebegini apabila dianuti dan di jadikan fahaman nescaya umat islam tidak akan dapat di satukan cita cita dan tenaga mereka untuk selama lamanya.Akhirnya kita akan dapati umat umat islam yang bergantung kepada teori Syed Qutb ini terpaksa menggantungkan hidup mereka kepada bantuan  daripada bangsa bangsa yang gagah perkasa,Malah keselamatan mereka juga secara langsung atau tidak langsung bergantung kepada tentera tentera penjajah mereka.Teori menegakkan islam ala Syed Qutb ini tidak ubah seperti seruan Mahatma Ghandi yang berkehendakkan setiap manusia membuang senjata dan mempertahankan diri masing masing dengan akhlak!Seruan seperti ini amat baik di dengar tetapi tidak mungkin dapat di praktikkan oleh seseorang pun di dalam dunia ini selagi mereka bernama manusia yang disusun tetap oleh Allah swt dari dua tenaganya  iaitu kebinatangan dan kemalaikatan.

Selasa, 26 Oktober 2010

PAKAIAN ARAB DAN ORANG MELAYU BAH 2

Memakai kopiah dan serban serta berpakaian arab kini sudah menjadi perkara biasa di rumah pejabat universiti selain ianya dipakai untuk menunaikan solat.Kadangkala pemakaiannya serban misalnya telah di sallahgunakan apabila ada niat untuk menggantikannya dengan topi keledar semasa menunggang motosikal!.Fenomena ini adalah bukti dominasi pakaian arab keatas kebanyakan orang orang melayu kini.Kemudian ianya di eksploitasikan oleh golongan tertentu bagi menegakkan dan memperkukuhkan peranan mereka dalam masyarakat melayu dalam amalan mereka seharian. Pengadaptasian orang melayu terhadap nilai bahasa adat resam dan budaya arab itu pada umum nya adalah baik tetapi ianya harus di pisahkan dari nilai nilai nilai yang berunsurkan keagamaan yang perlu didasarkan pada alquran dan sunnah rasullullah bukan pada pakaian semata.Baik buruk amalan yang ditiru mesti lah mengambil kira kesannya kepada bahasa adat dan budaya orang melayu yang baik dan tidak bercanggah dengan nilai nilai islam sejagat.

Bayangkan seandainya adat memakai pakaian baju melayu bersongkok dan bersamping di jadikan amalan untuk kemasjid menunaikan solat berjemaah.Orang melayu akan dilihat sebagai penganut ugama islam yang gagah dan berdisiplin.Orang melayu akan di geruni sebagai umat islam yang bersatu teguh dalam peribadatan dan budaya dan adat resam.Budaya berpakaian seperti ini tentu sekali tidak bercanggah dengan nilai islam malah peribadatan akan di lihat menjadi lebih tersusun  bersepadu melambankan ikatan keagamaan yang kukuh di antara orang orang melayu yang di terjemahkan dari amalan berpakaian sedemikian.Perpaduan yang di tuntut oleh islam yang menjadi perjuangan orang melayu adalah untuk menyeru seluruh manusia bersatu dalam satu kalimah "Tiada Tuhan Melainkan Allah".Bahasa adat dan budaya setiap bangsa di beri pe nilaian semula samaada ia nya selaras dengan apa yang di kehendaki oleh ugama islam.Oleh itu bahasa adat dan budaya melayu yang baik termasuk amalan berpakaian mereka pada pandangan islam  mugkin boleh diketenggahkan untuk di jadikan asas contoh bahawa islam adalah untuk semua tak kira apa jua bahasa adat dan budaya mereka

Orang melayu hanya berhubung   sejarah dengan orang arab dari segi kekuatan kepercayaan kepada ugama islam.Aspek peribadatan sahaja yang mampu diterokai dari orang arab dalam menegakkan akidah kepercayaan.Sehingga orang melayu berhubung sejarah dengan orang arab dan dapat mendalami kekuatan sebenar mereka sehingga dapat menakluki dunia,maka persepsi orang melayu terhadap bahasa adat dan budaya orang arab akan tetap statik dan tidak akan berubah.Tentera islam  di zaman rasulullah telah menewas kan tentera kafir quraisy yang jauh lebih ramai jumlahnya di Perang Badar.Dizaman Khulafa Irrasyidin pula tentera islam dizaman khalifah Omar Al Khattab telah mengalahkan tentera kafir rom dan parsi sehingga dapat menakluki kedua negara kafir tersebut

Masyarakat melayu di awal tempoh pasca merdeka ini diberi ruang yang luas dan bebas untuk memilih dan mengamalkan adat budaya dan adat yang baik serta tidak bercanggah dengan ugama islam yang di anuti.Justru itu untuk kelihatan bersih dan suci dari kacamata agama adalah berpakaian dengan cara yang bijaksana.Sesuai bagi orang melayu untuk keluar berhadapan dengan orang ramai dengan berpakaian eropah,menyelami ugama islam melalui perantaraan bahasa adat dan budaya arab,menunaikan ibadat dengan berpakaian berbudaya  melayu yang berdisiplin serta rajin dalam mencari keuntungan dunia dan akhirat melalui  adat dan budaya cina.

Isnin, 25 Oktober 2010

PAKAIAN ARAB DAN ORANG MELAYU BAH 1

Tafsiran Ayat 1.2.3&4 Surah Al Muddathir Pimpinan Ar Rahman;

Wahai orang orang yang berselimut!Bangun lah serta berilah peringatan dan amaran kepada umat manusia,Dan Tuhan mu maka ucapkanlah dan ingatlah kebesaran Nya!Dan pakaian mu maka hendaklah engkau bersihkan

Apa sahaja yang ada didunia ini telah dijadikan Allah swt semuanya untuk di menafaatkan oleh sekelian manusia.Apa yang dikatakan baik dan apa yang dikatakan tidak baik yang terpampang dimata pada hakikatnya adalah baik dan mendatangkan kemenafaatan akhirnya kepada manusia.Benda yang baik seperti permata dan berlian adalah  dipandang cantik di jari manusia.Begitu juga najis menjadi kebaikan kepada pokok untuk membesar dan akan mengeluarkan hasil yang akhirnya membawa kemenafaatan juga kepada manusia.Cuma setiap kejadian Allah swt itu hendaklah di letakkan pada tempatnya.Kebaikan najis tadi akan hilang jika ia berada di jari manusia manakala kebaikan permata berlian tadi akan hilang bila di letakkan pada pokok yang sedang membesar

Lebih kurang 700 tahun dahulu Islam yang  di bawa ke Tanah Melayu adalah kebanyakannya oleh orang orang arab yang menetap di Mekah yang pada masa itu bermazhabkan Imam Shafie.Seandainya perkembangan islam di tanah melayu berlaku lebih awal mungkin pegangan dan pengajaran Imam Malik akan dibawa oleh pendakwah arab tersebut untuk dijadikan mazhab resmi .Namun begitu tanpa mengambil kira bila dan pegangan islam mana yang dibawa ke Tanah Melayu ,ianya nya tetap membawa kebaikan kepada negara yang majoritinya melayu.Mereka sebelumnya  mempunyai fahaman dan pegangan agama yang berbagai sehingga kesemuanya di islamkan dengan islamnya kesultanan melayu.

Pada asalnya terdapat 11 bentuk pegangan dan aliran bermazhab yang terdapat dikalangan umat islam di seluruh dunia.Kesahihannya ditentukan dari puluhan ribu kepercayaan dan pegangan yang tidak ada ketentuan perawiannya serta kesahihannya dapat di perikaikan.Daripada 11 mazhab ini hanya dapat diterima 4 sahaja mazhab terakhir untuk dijadikan panduan dan pegangan seluruh umat islam di masa kini.Ia termasuk mazhab maliki shafie hanafi dan hambali.Orang melayu kini terbuka kepada keempat empat mazhab tersebut untuk di ikuti dan akhirnya mereka berjaya mengiktirafkan imam shafie sebagai mazhab resmi negara sementara mazhab mazhab lain adalah bebas untuk diikuti oleh rakyatnya.

Tetapi disebalik kepelbagaian mazhab tersebut orang melayu yang bertekad untuk mematuhi pegangan Imam shafie  sehingga seawal awal perkembangan islam lagi orang melayu mula meniru gaya pengajaran pendakwah pendakwah arab tersebut sehinnga mempengaruhi adat berpakaian mereka.Kesannya nilai nilai ketimuran dan kemelayuan mereka sedikit demi sedikit mereka tinggalkan atas alasan berkemungkinan akan bercanggah dengan pengajaran islam yang hendak mereka terima dari orang orang arab nanti.Akhirnya mereka mula berpakaian ala arab untuk mengesahkan keislaman mereka.Orang melayu telah menerima pengajaran islam dengan perantaraan bahasa dan budaya arab yang bermazhabkan imam shafie.Mereka lupa bahawa mereka mempunyai bahasa adat budaya yang tersendiri yang jauh lebih baik, bertamaddun serta tidak bercanggah dengan nilai nilai islam sejagat.Orang Barat pula telah menggambarkan orang melayu sebagai jakun yang hanya mampu tinggal di atas pokok di dalam hutan sedangkan mereka juga terpaksa tinggal di atas pokok bila berada di dalam hutan semata mata sebagai cara untuk melindungi diri dari binatang binnatang buas.Bermula dari berpakaian ala arab untuk membuktikan keislaman mereka dan sehingga kini merebak pula kepada adat sikap dan persepsi sesama mereka berdasrkan  pemikiran arab.

Orang melayu dalam adat berpakaian mereka amat sempurna dan sekali kali tidak bercanggah dengan nilai nilai kebaikan islam serta berketrampilandalam dalam mengidentitikan diri mereka sebagai seorang melayu islam yang progresif.Orang melayu memakai kain pelikat di rumah untuk menggambarkan keselesaan dan kerehatan.Mereka berpakaian moden mengikuti zaman dengan kot dan tali leher untuk menggambarkan kesegakkan dan kepuasan dalam mengharungi tanggungjawab pekerjaan mereka.Yang bertani dan berladang pula mereka tidak akan melupakan pakaian tambahan untuk menjaga kesihatan.Dan bila menunaikan tanggungjawab solat bersama sama di hari hari yang mulia mereka memakai baju melayu bersongkok dan bersamping untuk menggambarkan kehebatan mereka sebagai umat islam yang kaya dengan adat dan budaya yang mulia.Bagaimana orang melayu berpakaian dan bila ianya sesuai untuk diamalkan ternyata sama sekali tidak dapat menyentuh soal keislaman mereka.

Ahad, 24 Oktober 2010

SISTEM BERMAZHAB DAN ORANG MELAYU BAH 3

Bagi membolehkan seseorang memeluk ugama islam,adalah mencukupi bagi mereka secara asasnya dengan mengucap kan dua kalimah shahadah.Adalah tidak sukar untuk meyebut "Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan yang ku sembah melainkan Allah.Dan aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad saw itu Rasul dan Pesuruh Allah".Namun syarat asas ini amat luas skop perlaksanaannya walaupun kata kata ucapannyanya mudah untuk di sebut dan dilafaskan.Dengan itu telah menjadi wajar dan timbul tanggungjawab orang melayu untuk mengetahui sendiri motif objektif dan matlamat dua kalimah keramat tersebut sebelum mereka melaksanakan apa apa ikatan yang bakal timbul dari persaksian tersebut.

Shahadah adalah rukun Islam yang pertama di wajibkan keatas seorang melayu beragama islam.Ia adalah satu dari lima cabang rukun keislaman yang perlu di buktikan dengan dengan niat dan amalan perbuatan.Nabi Muhammad saw yang sekian lama di sanjung oleh keluarga dan masyarakat baginda di Mekah telah mula dibenci di cemuh dan di pulaukan semata mata bila baginda mula memperjuangkan dua kalimah tersebut (islam) di kalangan mereka.Sebelum baginda menerima wahyunya yang pertama,baginda amat di sanjung oleh seluruh penduduk arab quraisy di Mekah.Kemuncaknya bila baginda di pilih untuk menghakimi suku suku kaum di Mekah dalam perebutan meletakkan  batu "Hajarul Aswad" ke Baitillah.Sanjungan dan kemuliaan yang di berikan mereka kepada baginda atas jasa jasa kebaikan dan pengorbanan baginda selama ini sekelip mata bertukar  menjadi  kejian cemuhan dan penghinaan dari kaum baginda bila memperjuangkan dan  merpertahankan dua kalimah keramat tersebut.

Peristiwa yang berlaku kepada junjungan besar Nabi Muhammad saw itu perlu dijadikan asas persediaan orang melayu kearah memahami betapa besarnya konsep dan falsafah disebalik ucapan shahadah tersebut.Kerana disinilah juga akan berlakunya salah faham menjadi dinding hijab mengelabui mata menyebabkan wujudnya keruntuhan nilai terhadap konsep berugama islam dan pandangan 'individu" dan masyarakatnya terhadap perlaksanaan dan penguatkuasaan dua kalimah yang suci ini.Di ambil satu kes hipotikal bilamana berlakunya keadaan seorang bapa bersetuju untuk membenarkan anak perempuannya mengahwini seorang lelaki yang belum lagi memeluk ugama islam.Bapa tersebut perlu mengambil kira lafas dua kalimah shahadah  oleh bakal menantunya semasa memeluk agama islam sebelum meneruskannya dengan ikatan perkahwinan.Sekurang kurang mempastikan ibubapa dan keluarga bakal menantunya tiada mempunyai ruang membawa semula anak lelaki mereka balik ke ugama asal mereka!

Isu berkaitan pula adalah berhubung dengan kebebasan berugama!Tidak ada paksaan dalam islam! memang tak paksa kerana keinginan untuk berpegang kepada ugama yang sebenar(islam) adalah keinginan yang di kurniakan Tuhan dari mula asal kejadian manusia lagi.Nak paksa apa lagi.Cuma yang menjadi masaalah adalah semua agama menyatakan agama mereka adalah yang benar!.Prinsip kebebasan inilah menyebabkan sibapa  tersebut terpaksa akur dengan permintaan anak perempuannya yang bebas untuk memilih pasangan hidupnya dari mana mana ugama selain dari islam tetapi malang nya tidak terikat untuk untuk memberi faham bakal suami nya itu tentang islam bila lafas dua kalimah shahadah di ucapkan.Oleh itu kebebasan berugama telah dijadikan alasan untuk pasangan yang berlainan ugama meletakkan diri mereka dalam bidang kuasa pentadbiran ugama islam dengan hanya melafaskan dua kalimah shahadah.Jika seorang anak perempuan melayu di benarkan berkahwin dengan seorang lelaki kristian,maka apa yang  lelaki kristian itu perlu lakukan ialah dengan melafaskan dua kalimah shahadah untuk meletakkan dirinya dalam bidang kuasa pentadbiran ugama islam tetapi di masa yang sama menjadi pilihan kepada nya untuk meneruskan amalan amalan kristiannya yang tidak bercanggah dengan islam atau sebaliknya.

Ikatan  perkahwinan sebegini adalah baik untuk perkembangan jenerasi melayu glokal.Namun ia memberi kesan yang mendalam dan berisiko tinggi kepada anak anak yang mungkin lahir dari perhubungan ikatan tersebut.Zuriat mereka  akan terdedah kepada dua cara hidup.Mereka mungkin di pelihara dalam suasana islam atau sebaliknya.Kesan nya tidak ketara jika pasangan tersebut kekal sepanjang hayat mereka dan tempoh pengekalan perhubungan tersebut memberi ruang kepada anak anak mejadi seorang islam yang baik.Tetapi adalah menyedihkan jika berlaku perceraian.Sekiranya hakpenjagaan berpihak kepada ibu yang asalnya islam maka anak tersebut masih lagi bernasib baik.Tetapi apa yang berlaku kepada anak tersebut apabila hak penjagaan terpaksa diberikan kepada bapa yang pada asalnya tidak islam.Kemungkinan perceraian tersebut akan memberi ruang kepada dato nenek sebelah bapanya yang tidak pernah memeluk islam membawa cucu mereka kembali kepada ugama asal bapanya atas pelbagai alasan semata mata menutup sikap kebencian dan penhinaan mereka kepada lafas dua kalimah shahadah.

Adalah mustahil untuk memaksa seseorang melakukan apa yang sebenarnya di kehendaki dan yang sebenarnya yang  ingin dijauhi tanpa pengajaran sebenar beragama dari aulia aulia Allah swt.Ini adalah kerana islam tidak memaksa sesiapa untuk mengamalkannya.Apa yang di sarankan oleh ugama islam adalah dari kehendak semulajadi setiap seorang bernama manusia .Oleh itu setiap manusia yang beragama sudah pasti mengakui hanya terdapat SATU sahaja Tuhan bagi mereka iaitu Allah swt.Semua bangsa di dunia yang menganuti agama yang berbagai juga mempercayai Tuhan mereka yang satu dan ingin melafaskan dan mengamalkan kepercayaan mereka tersebut.Cuma yang berbeza adalah cara lafas dan amalan serta peribadatan mereka mengikuti skop kefahaman mereka yang tersendiri  yang mampu di perolehi mereka dari  nabi nabi mereka.Perlu di sedari oleh orang melayu bahawa Islam adalah inklusif bukan ekslusif dan bersifat "ehsan" dalam mengharungi kehidupan dunia moden.Jika seorang  yang pada asalnya berugama  hindu meninggal dunia sebagai seorang islam dan dengan ketiadaan saudara nya seislam yang ingin menuntut dan mengebumikannnya mengikut cara islam,maka saudaranya yang berugama hindu perlu di beri ruang untuk menghormati kematian nya mengikut ugama asalnya.Orang melayu mengebumikan mayat di liang lahat dan orang hindu membakar mayatnyanya.Kedua dua kaedah itu adalah semata mata atas tujuan yang sama  iaitu untuk menghilangkan bau mayat tersebut dari memudharatkan yang hidup!.Disinilah nampaknya kesucian ugama islam ugama Allah swt yang sebenar.

Imam Shafie pada zamannya telah mentafsirkan setiap ayat alquran dengan membuat rujukan terhadap pengertian ayat ayat lain dalam keseluruhan 30 juzuk isi kandungannya.Kajian yang mendalam telah dibuat megenai setiap daripadanya dalam membentuk pengajaran akidah sebagai pengajaran utama umat akhir zaman.Mampukah orang melayu menuntut ilmu agama sepertimana imam mereka untuk di iktiraf sebagai pengikutnya? Imam Shafie adalah dari jenerasi ketiga Sayidina Ali Karamullahdan di Mekah yang pada masa itu sudah ada perbezaan yang ketara  tahap kefahaman bangsa arab terhadap agama yang mereka anuti yakni islam.Lalu beliau mengambil daya dan initiatif di peringkat akhir umurnya untuk mengeluarkan kitab kitab  sebagai pedoman pengikut pengikutnya termasuk orang melayu.Tujuanya mungkin untuk mengembalikan semula semangat  taat setia dan pengorbanan diri pengikutnya dalam menuntut ilmu ugama sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah saw mula mula menjalankan 13 tahun pertama dakwahnya di Mekah di awal perkembangan islam.

Perubahan nilai yang berlaku kepada tahap kefahaman bermazhab dikalangan orang melayu dalam masyarakat majmuk ini mendesak mereka untuk mendapatkan kefahaman ugama islam yang mendalam.Sebarang percubaan untuk mengubah sesuatu nilai agama harus di selaraskan dengan ketajaman fikiran dan kekuatan orang melayu dalam membaca memeriksa dan memahami setiap ayat ayat suci alquran dan Sunnah Rasulullah.Mengkaji motif dan objektif serta matlamat setiap daripadanya.Memperhitungkan kesan dan akibatnya kepada keseluruhan mayarakat dan negara.Landasan umum bagi mencapai kefahaman tersebut adalah mungkin dari mengetahui KEMENAFAATANNYA (profit) dan KEMUDHARATANNYA(loss) terhadap masyarakat majmuk dan menyampaikan kepada mereka dengan cara yang bijaksana berbekalkan ehsan

Khamis, 5 Ogos 2010

SISTEM BERMAZHAB BAH 2

Manusia tidak mampu untuk menjalankan kehidupan di dunia dengan berjaya serta mendapat habuan pahala di atas kemenafaatan yang dapat di beri kannya keatas sesama manusia tanpa kepimpinan anbia anbia.Mereka di KURNIAKAN Allah swt potensi dan bakat untuk menterjemahkan alquran sebagai cara hidup yang sebenarnya mengikuti kehendak semulajadi manusia itu sendiri.Orang melayu dengan itu tiada pilihan selain dari mengikatkan diri dengan mazhab Imam Shafie salah seorang dari aulia Allah di zamannya.Mungkin ada kalanya orang melayu perlu merenung sejauh mana kematangan masing masing dalam menilai kemuliaan Imam Shafie dari segala aspek termasuk hubungan nya dengan Imam imam Mujtahid yang lain seperti Imam Malik Imam Abu Hanifah dan Imam Hambali.Perlukah orang melayu memilih satu dari empat Imam Imam tadi untuk di jadi kan ikutan atau perlukan orang melayu berusaha menyatukan keempat empat mazhab untuk di jadi satu berlandaskan sistem bermazhab yang dipilih iaitu Imam Shafie?

Seorang invidu atau masyarakatnya tidak berupaya untuk memulaukan diri dari perkembangan dunia.Oleh itu segala sebab musabab samaada dari cara cara perhubungan moden atau sebaliknya,apa sahaja yang berlaku ditempat lain mungkin sedikit sebanyak mempengaruhi kehidupan masing masing.Tetapi kebesaran ugama islam telah terbukti dimana bila berada di atas prinsip keagamaan yang tulin,orang melayu dan masyarakatnya akan terhindar  dari mengalami arus proses perubahan nilai seperti apa yang telah berlaku di sebelah barat yang kini telah menolak sistem nilaian mereka yang pada asalnya baik dengan membentuk suatu sistem nilaian baru yang terbalik.Orang melayu dan masyarakatnya bila berpegang dengan suatu nilaian sistem berugama,nilai baik yang ada tidak akan di tolak prisipnya tetapi sebaliknya di dijadikan asas dan benteng dari mengharugi arus perubahan yang terpaksa di hadapi bersama dalam perhubungan moden  tersebut.

Apa sahaja perkataan dan perbuatan Rasulullah saw telah di ambil kira dengan penuh terperinci oleh Imam Shafie.Motif objektif matlamat dan falsafah di sebalik kata kata dan perbuatan Rasulullah swt yang berunsurkan agama bila di fahami oleh Imam Shafie akan di terjemahkannya pula  sebagai panduan keagamaan kepada pengikut pengikutnya..Manakala perkataan dan perbuatan baginda yang lain diserahkan kepada pengikut pengikuytnya samaada untuk di amalkan atau tidak seperti perkara perkara yang merangkumi hidup mati manusia termasuk makan minum pakaian dan sebagainya.Juga hina mulia hancur atau bangun nya sesebuah kerajaan sesuatu masyarakat manusia tersebut.

Sejarah yang di pelajari dari alquran adalah berlainan dari peryataan sejarah dari sumber sumber lain.Sejarah dalam alquran misalnya mementingkan tentang penonjolan satu satu masyarakat di suatu masa tertentu yang menyahut dan yang mengengkari Tuhan dan Rasul yang diturunkanNya kepada mereka..Nama tempat dan latarbelakang sejarah kejadian tersebut mungkin tidak wujud di masa kini.Namun begitu pengajaran yang boleh diambil dari sejarah al quran adalah perwatakan nama tempat kejadian serta latarbelakang nya akan di ambil alih oleh mana mana individu tempat dan masyarakat semasa dan di masa hadapan jika perbuatan dan perlakuan yang dilakukan berketepatan dengan apa yang di catitkan dalam al quran

Sistem nilaian islam mengikut sejarah catitan al quran tidak akan berubah hingga ke akhir zaman atas alasan  alquran telah diterima oleh sejarah perkembangan dunia .Segala isi kandungannya sentiasa boleh digunapakai.Sistem nilaian yang baik dan jahat gambaran dari isi kandungan alquran akan sentiasa wujud pada setiap zaman. Inya terpakai kepada mana mana individu dan masyarakatnya bila dan dimana sahaja mereka berada.Perjuangan dan penentangan keatas kebaikan prisip prisip keagamaan yang tulin akan kelak memberi kesan yang sama kepada individu dan masyarakat nya dari dahulu kini dan yang akan datang bila menetapi apa yang berlaku dalam sejarah catatan alquran