Sudut Dakwah
Andaikan bila dipandang pada satu dua sudut,kita akan membuat kesimpulan bahawa selagi seseorang itu belum atau tidak keluar berdakwah sebanyak tiga hari dalam sebulan,selagi itulah keislaman kita tidak sempurna.namun jangan kita MUDAH LUPA bahawa seandainya sesorang itu keluar berdakwah selama berpuluhan hari,masih banyak lagi ciri ciri kesempurnaan iman dan islam patut mereka praktik kan lagi.
Intipati iman dan islam harus dikaji dan di teliti setiap inci penjelasan yang di buat dari awal hingga ke akhir berasaskan pendekatan JIHAD.Skop dan fungsi ayat ayat umpamanya ayat 104 dan 110 Surah al Imran dimana diterjemahkan sebagai;
104 "dan hendaklah ada diantara kamu satu puak yang menyeru kepada kebajikan(mengembangkan islam),dan menyuruh berbuat sesuatu perkara yang baik serta melarang daripada melakukan perkara yang salah(buruk dan keji). Dan mereka bersifat demikian itu ialah orang orang yang berjaya"
105 "Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik baik umat dilahirkan bagi faedah umat manusia kerana kamu meyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang segala perkara yang salah serta kamu pula beriman kepada Allah dengan sebenar benar iman.Kalaulah ahli kitab yahudi dan nasrani itu beriman sebagaimana yang semestinya,tentu lah iman itu menjadi baik kepada mereka.Tetapi ada di antara mereka beriman dan kebanyakan dari mereka pulaorang orang yang fasik"
Ayat ayat di atas perlu di rujuk pula dengan ayat 108 surah yang sama yang akan menggambarkan kepada kita bahawa seorang penyeru atau pendakwah mestilah mempelajari ilmu ilmu yang berhubung dengan pentafsiran alquran dan al hadis.Dan dengannya mereka akan di kunjungi dan akan di timba ilmu ilmu mereka oleh segenap kehidupan dipenjuru alam ini.Kitab kitab yang ditulis mereka akan di guna kan sebagai mata air mengalir di celah celah pelusuk dunia hingga zaman berzaman.Konsep dan prinsip dahwah sebenar bukan lah berada dalam suatu skop yang sempit.Kita khuatir janganlah hendaknya ada pendakwah yang negatif mengajar untuk menjadikan umat islam malas bekerja.Terdapat lapuran sekitar tahun 70 an terdapat pelajar pelajar kedoktoran universiti di India enggan mengikuti kursusnya lantaran sebab sebab keagamaan yang diterima secara negatif
Pada zaman sains dan teknologi kini semua sikap negatif sekiranya berterusan akan mengakibatkan bangsa itu menjadi mundur dan mungkin hancur pentadbiran nya.Setengah dari pendakwah kita hari ini banyak menumpukan perkara perkara yang di anggap sebagai label bukan tumpuan kepada identiti atau pembangunan kepada personaliti insan.Malah sesetengah daripada mereka berpakaian yang di dakwa sunat ala pakistan dan india.sedangkan mereka tahu bila menghadiri markas mereka di London mereka akan berpakaian ala barat pula! Di dalam penulisan ini kita menganggapkan diri sebagai tidak berpihak kepada sesiapa sekadar sebagai seorang melayu islam rakyat Malaysia dan ketaatan kita yakin dan percaya tidak berbelah bagi.Kita cuma bimbang kalau kalau ada di antara kita yang termakan racun yang di taburkan oleh negara negara luar yang ingin menjadikan kita sebagai pencetus bara api kebencian rakyat kepada pemerintah kita sendiri.
Harus di sedari bahawa jika negara hancur maka ugama juga turut hancur dan rakyat akan kembali di jajah!.Dan segala kuasa yang ada pada kita tidak akan laku lagi.Dan seandainya kita terlibat menyebabkan terjadinya demikian maka kita akan di sumpah pula oleh anak cucu kita sendiri dan menerima kutukan dari Allah atas kejahatan kita.NAUZUBILLA !.Pada kita konsep penerapan nilai nilai islam dalam pemerintahan yang di laksanakan kerajaan kini harus di sambut baik oleh rakyatnya terutama penganut penganut agama islam sendiri.Dan ianya suatu tugas yang amat besar di pertanggungjawabkan keatas umat islam khususnya di Malaysia sesuai dengan saranan ayat al quran yang di terjemahkan sebagai; Ayat 6 al maidah "Dan hendaklah kamu bertolong tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa dan janganlah kamu bertolong tolongan pada melakukan dosa maksiat dan percerobohan"
Di atas dasar kasihkan tanah air bangsa dan agama,kurangkanlah sentimen politik dan politicking negara dan lain lain unsur yang tidak sihat.Malaysia adalah satu satunya negara yang berpotensi membangun sebagai sebuah negara islam dalan jangkamasa yang singkat.Ini adalah di dasarkan kepada kesedaran yang telah sedang dan akan wujud kearah tersebut dikalangan rakyat negara ini lebih lebih lagi tahap kecenderungan anak anak muda kita kepada agama yang mereka anuti.
Wujudnya Universiti Islam Anratabangsa (UIA) sebagai contoh adalah suatu impian yang tertanam lama dalam sanubari pemikir pemikir islam tanah air,lantaran menyedari hakikat kewujudan manusia dan dunia akan berubah semasa kesemasa peranan dan fungsi islam dengan itu mesti di selaraskan dengannya.Umat islam adalah satu satunya umat pilihan dan dipilih oleh Allah s.w.t. lantaran keilmuan mereka mengatasi kepimpinan yang lain kerana pandai memainkan peranan peranan dan fungsi islam itu sesuai dengan kemahuan bangsa bangsa di dunia.Justru itulah hanya kita umat islam sahaja yang layak dijadikan pemimpin di atas mukabumi ini untuk mengendalikan keadilan mengikut pelan fitrah.
Jauhari
Tiada ulasan:
Catat Ulasan