KINDLE

Isnin, 22 November 2010

ISLAM DAN SEMANGAT KEBANGSAAN BAH 2

SHAH WALIULLAH AL DAHLAWI  Kitab Hujjatullah Al Balighah Juzuk 1 halaman 247;

"Dan sebahagian dari usul yang harus di perhatikan oleh seseorang pemimpin yang menginginkan umat umat yang berlainan adat dan kebudayaan dibawah kepimpinannya di gabungkan menjadi satu millah (rupa bangsa yang satu) hendaklah  pengajaran agama kepada mereka itu di susun untuk mendirikan khilafah yang am dan hendaklah memastikan khalifah khalifah (pemimpin) pengganti mereka kemudian terdiri dari ahli negeri dan keluarganya yang telah dilahirkan di atas adat resam dan sistem hidup yang tertentu.Ini adalah kerana tidaklah bersamaan menaruh celak pada dua mata dengan bercelak pada asalnya

Dan hendaklah semangat mempertahankan agama dikalangan mereka seiring dengan semangat mempertahankan nasib keturunan mereka.Dan hendaklah ketinggian mertabat dan kebijaksanaan tabiat mereka menggambarkan ketinggian pengasas millah tersebut dalam kebijaksanaan dan tabiatnya.Itulah yang di maksudkan oleh persabdaan Nabi Muhammad saw:{Pemimpin pemimpin itu hendaklah daripada Quraisy}Seorang pemimpin itu hendaklah berpesan kepada pengganti penggantinya supaya mendirikan agama dan meningatkannya.Itulah maksud perkataan Sayiddina Abu Bakar As Siddik ra :{Keteguhan kamu adalah diatas tujuan itu iaitu apa yang telah terbentuk kepada kamu oleh pemimpin pemimpin terdahulu daripada kamu"

Nabi Muhammad saw dan juga ambia ambia yang terdahulu telah di utuskan Allah swt kepada kaum masing masing,supaya dapat di ajar dan di susun menjadi suatu bangsa yang hidup untuk melaksanakan tujuan tujuan yang telah di tetapkan Allah swt dalam risalah risalah nabi yang di utuskan bagi mereka.Ini adalah kerana mustahil untuk menjalankan kewajiban risalah risalah itu dengan semata mata bergantung kepada keimanan tanpa di sertai dengan tarikan kekuatan tabiat yang lahir dari keturunan darah.

Umpama seseorang yang hendak berkahwin,meskipun di kehendaki mendahului pilihan berdasarkan perempuan yang berugama atas motif untuk mendapatkan zuriat yang soleh,perkahwinan tersebut tidak mungkin berlaku antara seorang lelaki dan seorang perempuan sekiranya perempuan itu tidak cantik rupa parasnuya dan menarik gaya tingkah lakunya kepada lelaki tersebut.Dengan sebab itu syarak menggalakkan supaya seorang lelaki memilih isterinya yang cantik dan menarik pada pandangannya supaya kedua dua nya dapat berkongsi hidup dengan lebih mesra dan berkekalan.Begitu juga dengan pihak perempuan,hendaklah memiliih suami yang kacak dan bijaksana kerana dengan itu kepimpinan dalam keluarga tersebut akan membawa kepada hidup yang yang lebih bahagia dan berjaya.

Oleh itu semangat kebangsaan hendaklah di kekalkan dalam kehidupan masyarakat islam dalam menegakkan ajaran alquran.Islam mengakui kepentingan kepentingan sesuatu kaum itu mesti di pelihara khususnya dalam membentuk syariat.Islam meraikan segala kemahuan dan adat resam sesuatu kaum sebagai sumber yang utama bagi kelahirannya.Islam telah meletakkan asas segala peraturan hidup dan perundangan di atas semangat kebangsaan yang telah menjadi tabiat semulajadi bagi tiap tiap manusia.Semangat itu sememangnya di akui dan di gesa untuk di hormati mengikut ajaran alquran.

Ulamak ulamak islam seperti Syed Qutb dan Abu A"la Al Maududi mungkin telah terkeliru jauh tentang memahami masaalah ini.Mereka menyangka fahaman kebangsaan itu bertentangan dengan ajaran islam dan alquran kerana mereka memandang semangat kebangsaan dalam ertikata yang sempit sedangkan kesilapan itu bukan timbul dari fahaman kebangsaan tetapi telah timbul dari kesilapan fahaman fanatik(Assabiah) yang sememangnya di tegah oleh islam.Sekiran nya fahaman kebangsaan dan kekeluargaan itu bertentangan dengan islam,tentulah di dalam alquran tidak diturun kan Allah swt ayat ayat umpama hukum hukum membahagi harta pesaka selepas mati kepada waris waris sebagaimana yang termaklum.Tidaklah juga  diturunkan Allah swt ayat ayat menentukan cara pemberian nafkah yang baik yang pada mulanya ditujukan kedua ibubapa dan kerabat kerabat yang hampir dan sebagainya.

Nabi Muhammad saw juga  menggalakkan orang orang yang beriman supaya berkahwin dengan perempuan perempuan bangsawan dan berketurunan baik.Sekiranya kesemua manusia itu bersamaan sahaja dari segi darjah dan kebolehan,tentulah Nabi Muhammad saw tidak bersabda sedemikian.Nabi Muhammad saw memang menjaga tiap tiap orang yang beriman supaya jangan menggunakan fahaman kebangsaan itu sebagai alat untuk melakukan kezaliman kepada bangsa lain atau memandang tinggi kepada bangsa yang lain kerana ini adalah merupakan suatu penyakit masyarakat dan jenayah yang mesti di hapuskan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan