Tafsiran Ayat 1.2.3&4 Surah Al Muddathir Pimpinan Ar Rahman;
Wahai orang orang yang berselimut!Bangun lah serta berilah peringatan dan amaran kepada umat manusia,Dan Tuhan mu maka ucapkanlah dan ingatlah kebesaran Nya!Dan pakaian mu maka hendaklah engkau bersihkan
Apa sahaja yang ada didunia ini telah dijadikan Allah swt semuanya untuk di menafaatkan oleh sekelian manusia.Apa yang dikatakan baik dan apa yang dikatakan tidak baik yang terpampang dimata pada hakikatnya adalah baik dan mendatangkan kemenafaatan akhirnya kepada manusia.Benda yang baik seperti permata dan berlian adalah dipandang cantik di jari manusia.Begitu juga najis menjadi kebaikan kepada pokok untuk membesar dan akan mengeluarkan hasil yang akhirnya membawa kemenafaatan juga kepada manusia.Cuma setiap kejadian Allah swt itu hendaklah di letakkan pada tempatnya.Kebaikan najis tadi akan hilang jika ia berada di jari manusia manakala kebaikan permata berlian tadi akan hilang bila di letakkan pada pokok yang sedang membesar
Lebih kurang 700 tahun dahulu Islam yang di bawa ke Tanah Melayu adalah kebanyakannya oleh orang orang arab yang menetap di Mekah yang pada masa itu bermazhabkan Imam Shafie.Seandainya perkembangan islam di tanah melayu berlaku lebih awal mungkin pegangan dan pengajaran Imam Malik akan dibawa oleh pendakwah arab tersebut untuk dijadikan mazhab resmi .Namun begitu tanpa mengambil kira bila dan pegangan islam mana yang dibawa ke Tanah Melayu ,ianya nya tetap membawa kebaikan kepada negara yang majoritinya melayu.Mereka sebelumnya mempunyai fahaman dan pegangan agama yang berbagai sehingga kesemuanya di islamkan dengan islamnya kesultanan melayu.
Pada asalnya terdapat 11 bentuk pegangan dan aliran bermazhab yang terdapat dikalangan umat islam di seluruh dunia.Kesahihannya ditentukan dari puluhan ribu kepercayaan dan pegangan yang tidak ada ketentuan perawiannya serta kesahihannya dapat di perikaikan.Daripada 11 mazhab ini hanya dapat diterima 4 sahaja mazhab terakhir untuk dijadikan panduan dan pegangan seluruh umat islam di masa kini.Ia termasuk mazhab maliki shafie hanafi dan hambali.Orang melayu kini terbuka kepada keempat empat mazhab tersebut untuk di ikuti dan akhirnya mereka berjaya mengiktirafkan imam shafie sebagai mazhab resmi negara sementara mazhab mazhab lain adalah bebas untuk diikuti oleh rakyatnya.
Tetapi disebalik kepelbagaian mazhab tersebut orang melayu yang bertekad untuk mematuhi pegangan Imam shafie sehingga seawal awal perkembangan islam lagi orang melayu mula meniru gaya pengajaran pendakwah pendakwah arab tersebut sehinnga mempengaruhi adat berpakaian mereka.Kesannya nilai nilai ketimuran dan kemelayuan mereka sedikit demi sedikit mereka tinggalkan atas alasan berkemungkinan akan bercanggah dengan pengajaran islam yang hendak mereka terima dari orang orang arab nanti.Akhirnya mereka mula berpakaian ala arab untuk mengesahkan keislaman mereka.Orang melayu telah menerima pengajaran islam dengan perantaraan bahasa dan budaya arab yang bermazhabkan imam shafie.Mereka lupa bahawa mereka mempunyai bahasa adat budaya yang tersendiri yang jauh lebih baik, bertamaddun serta tidak bercanggah dengan nilai nilai islam sejagat.Orang Barat pula telah menggambarkan orang melayu sebagai jakun yang hanya mampu tinggal di atas pokok di dalam hutan sedangkan mereka juga terpaksa tinggal di atas pokok bila berada di dalam hutan semata mata sebagai cara untuk melindungi diri dari binatang binnatang buas.Bermula dari berpakaian ala arab untuk membuktikan keislaman mereka dan sehingga kini merebak pula kepada adat sikap dan persepsi sesama mereka berdasrkan pemikiran arab.
Orang melayu dalam adat berpakaian mereka amat sempurna dan sekali kali tidak bercanggah dengan nilai nilai kebaikan islam serta berketrampilandalam dalam mengidentitikan diri mereka sebagai seorang melayu islam yang progresif.Orang melayu memakai kain pelikat di rumah untuk menggambarkan keselesaan dan kerehatan.Mereka berpakaian moden mengikuti zaman dengan kot dan tali leher untuk menggambarkan kesegakkan dan kepuasan dalam mengharungi tanggungjawab pekerjaan mereka.Yang bertani dan berladang pula mereka tidak akan melupakan pakaian tambahan untuk menjaga kesihatan.Dan bila menunaikan tanggungjawab solat bersama sama di hari hari yang mulia mereka memakai baju melayu bersongkok dan bersamping untuk menggambarkan kehebatan mereka sebagai umat islam yang kaya dengan adat dan budaya yang mulia.Bagaimana orang melayu berpakaian dan bila ianya sesuai untuk diamalkan ternyata sama sekali tidak dapat menyentuh soal keislaman mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan