Hubungan terus orang islam dengan Allah swt melalui solat hanya bermakna jika ianya dilakukan dengan ilmu pengetahuan yang mendalam mengenainya tanpa menganggap solat itu hanya sebagai perkara wajib dilakukan serta berdosa bila meninggalkannya!!.Amalan berpuasa dengan itu diwajibkan keatas orang islam( pelaku solat) untuk dijadikan ujian dan latihan terakhir untuk mencapai tahap tertinggi kematangan solat masing masing.Keadaan lapar dan dahaga semasa berpuasa menjadikan pelaku solat berada dalam keadaan lemah untuk melakukan kehendak nafsu yang tidak baik.Dengan simbahan ilmu pengetahuan solatnya nafsu yang baik akan naik ke kemuncaknya.Pada ketika inilah segala pengajaran yang di perolehi oleh pelaku solat didalam alquran dapat di fahaminya dengan jelas tepat dan yang penting ianya di perolehi melalui solat yang sampai kehati.
Menahan lapar dan dahaga serta tegahan tegahan lain semasa berpuasa adalah bermotifkan untuk pelaku solat melalui proses amalan puasanya sehingga padaminggu minggu akhirnya berada dalam keadaan yang begitu lemah dan hilang daya tarikan kepada keindahan material dunia dan sikap sikap negatif yang lahir daripadanya.Kelemahan fizikal dan mental ini apabila di sirami dengan keberkatan air wuduk akan diberikan kembali kekuatan dan kesegaran untuk pelaku solat melakukan solatnya dengan penuh fokus bermotifkan untuk memahami isi kandungan alquran.
Dalam mencapai perpaduan dan penyatuan diantara orang melayu islam ,kesabaran banyak di perlukan kerana sudah pasti akan berhadapan dengan berbagai bagai cabaran.Oleh yang demikian ibadat solat mungkin boleh di jadikan "asas pertemuan untuk menbuat persetujuan bersama".Berkemungkinan apabila masing masing bersolat dengan penuh tanggungjawab akan menjadikan orang melayu pejuang yang sabar dalam usaha islah mereka kearah penyatuan bangsa dan perpaduan bangsa bangsa.
Muhammad Jauhari Hashim
Tiada ulasan:
Catat Ulasan