KINDLE

Rabu, 9 Jun 2010

BACAAN DALAM MENUNTUT ILMU SOLAT 3

Sehingga ke hari ini orang melayu tidak dapat di kenal pasti asal usulnya selain dari menjadi penduduk asal di sekitar kepulauan melayu termasuk Malaysia.Banyak pendapat pendapat yang berbeza megenai tempat dan asal usul keturunan melayu sehingga terpaksa menamakan beberapa negara untuk di tetapkan sebagai kepulauan melayu.Ini mungkin hikmah Tuhan kepada orang melayu yang merupakan satu satunya bangsa yang mempercayai bahawa islam secara aslinya sudah ada pada diri mereka.

Betapa tidak.setiap bangsa mempunyai upacara "solat" mereka yang tersendiri.Setiap yang beragama menghormati solat yang mereka kerjakan sebagai asas kepada kepervayaan mereka kepada wujudnya Tuhan mereka yang satu.Maka bagaimana cara solat mereka bila masa ia nya di kerjakan adalah pilihan mereka sendiri.Justru itu tugas dan tanggungjawab orang melayu yang mengakui keaslian mereka sebagai pemeluk ugama islam mungkin dapat memberi kefahaman kepada kaum dan penganut agama yang lain bahawa Solat sebagaimana yang di amalkan oleh Nabi Muhammad saw dapat sebenarnya memberi semua kaum dan agama jalan keluar kearah memahami alquran sesuai dengan maksud islam iaitu jalan yang benar.

Membaca mengkaji memahami dan mengamalkan pelajaran sekular dalam mengejar nilai material adalah terlalu mudah untuk di banding kan dengan membaca mengkaji memahami dan mengamalkan pelajaran rohani melalui solat.Namun bila ilmu solat berjaya di kuasai mungkin nilai material yang di cari dalam membentuk kehidupan dunia menjadi tinggi ganjaran pahala bila nilai pengorbanan yang di pupuk dalam solat berjaya diterjemahkan kepada sikap yang menjadi amal perbuatannya.

Bacaan dan penulisan jawi amat sebati dengan orang melayu tetapi segala pengetahuan tentang al quran di fahami mereka pula dengan menggunakan bacaan dan tulisan arab.Bahasa dan tulisan jawi gagal untuk memecahkah monopoli penggunaan bahasa arab sebagai bacaan dan penulisan mengenai ajaran alquran.Ini memaksa orang melayu mempelajari bahasa arab dengan khusus untuk mempelajari alquran.Bahasa alquran adalah bahasa arab untuk diterima oleh Nabi Muhammad saw yang berketurunan arab.Ini adalah cara Tuhan untuk menghormati nabi yang dilantik Nya dari golongan Arab.Jadi Bangsa lain selain arab dengan itu tidak mempunyai "first hand knowledge" tentang isi kandungan alquran yang bukan di turunkan melalui bahasa mereka.Jika alquran dapat difahami dengan bahasa jawi mungkin satu sistem hidup islam yang sempurna dan meluas dari ajaran nabi Muhammad saw akan kelihatan dalam pembangunan ilmu solat orang melayu sepertimana orang arab pada awal penerimaannya.

Walaubagaimana baik sekalipun penguasaan orang melayu terhadap bacaan dan penulisan arab,bahasa arab tetap menjadi bahasa ibunda Naib Muhammad saw dan seluruh orang arab.Pengislaman orang melayu dengan ini mungkin terhad dan hanya meliputi ajaran ajaran yang membawa kebaikan keuntungan dan faedah untuk diri sendiri.Amalan amalan serta ibadah menjurus hanya kepada menguatkan keyakinan diri dengan keagungan Allah swt.sedang kan pengajaran alquran secara menyeluruh adalah untuk menanamkan semangat dan kesedaran bahawa seorang individu melayu adalah sebahagian dari keluarganya dan keluarganya adalah sebahagian dari bangsanya dan bangsanya adalah sebahagian dari masyarakat manusia di seluruh dunia.Sekiranya pembacaan dan penulisan menjadi penghalang kepada perkembangan ugama maka orang melayu harus memastikan setiap pengajaran alquran di adaptasikan kedalam bahasa ibunda mereka bahasa melayu untuk di baca dan di tulis mengenainya.

Muhammad Jauhari Hashim

Tiada ulasan:

Catat Ulasan