KINDLE

Khamis, 10 Jun 2010

BACAAN DALAM MENUNTUT ILMU SOLAT 4

Kesan serta akibat dari penjajahan berulangkali keatas orang melayu sebelum merdeka menjadikan mereka yakin bahawa islam tidak akan lagi buleh bertapak teguh di tanah melayu.Tindakbalas dari pemikiran sedemikian orang melayu pada awal kemerdekaan telah memulaukan sekolah sekolah di bawah pengaruh british dalam usaha mempertahankan keimanan mereka.Orang melayu mungkin dengan sendirinya telah pada masa itu menafikan hak mereka sendiri kepada perkembangan pelajaran yang boleh menjamin masa depan mereka.

Orang melayu kebanyakannya pada masa itu mentafsirkan pelajaran pelajaran tersebut sebagai sekular kerana pembelajaran yang seperti itu tidak terdapat dalam kamus pengajian ugama mereka.Mungkin potensi solat orang melayu pada masa itu masih tidak ditahap tertinggi menyebabkan kefahaman ugama mereka terhad kepada sejauh mana kebolehannya dalam membaca dan menulis dalam bahasa arab.Tidak keterlaluan sekiranya dapat di katakan bahawa seiring dengan tahap perkembangan islam yang dibawa oleh saudagar arab cina dan india,keadaan masa serta tahap pemikiraan dan kehidupan orang melayu hanya mampu menterjemahkan ilmu agama yang berbentuk feqah dan ibadah khusus kedalam bahasa jawi.Pendakwah dari arab cina maupun india tidak sepenuhnya dapat meguasai bahasa jawi bagi tujuan menterjemahkan pengajaran alquran dan orang melayu pula tidak mampu sepenuh nya memahami bahasa mereka untuk menerima pengajaran alquran.

Sejarah telah mewujudlah suatu lompang memudah kannya diisi dengan segala salam faham kegagalan perhubungan dan salah tafsir maksud maksud sebenar ayat ayat alquran yang membawa kepada perselisihan pendapat antara sesama islam dan dengan bukan islam yang tak berkesudahan sehingga kini.Alquran mungkin diturunkan Allah swt sebagai suatu polisi pembelajaran yang harus dan sepatut di fahami oleh semua manusia yang telah dikurniakan Tuhan mereka masing masing dengan fitrah atau kehendak semulajadi mereka sendiri.Tiap seorang dari manusia dari serendah rendah lapisan masyarakat samaada berbangsa arab atau berbangsa ajam yang bertamaddun atau pun yang tidak sehinggalah kepada setinngi tinggi lapisan masyarakat mampu untuk mempelajari dan memahami alquran dengan hanya merujuk kepada sifat kemahuan semulajadi mereka..Dengan kefahaman sebegini orang melayu dapat bersatu dengan bangsa bangsa lain dalam ideologi Tuhan iaitu islam jalan yang benar bagi keseluruhan manusia untuk mengikutinya

Matamat untuk memerangi penjajahan semula fizikal dan mental adalah puncak perjuangan orang melayu kini dalam tanggungjawab mereka mengembangkan agama islam.Oleh itu islam tidak menegah orang melayu yang kaya mengumpulkan segala keperluan fitrah mereka tetapi islam juga meletakkan syarat bahawa bila dikurniakan kekayaan maka timbul lah tanggungjawab untuk membantu orang yang berhajat di kalangan mereka.

Inilah risiko yang perlu di hadapi dalam memmuaskan kehendak semulajadi manusia yang mengaku dirinya islam.Kekayaan material yang di ingini manusia adalah semata mata untuk di jadikan alat untuk bersyukur dengan segala nikmat kekayaan itu bersama sama dengan yang kurang bernasib baik diantara mereka

Muhammad Jauhari Hashim

Tiada ulasan:

Catat Ulasan