KINDLE

Selasa, 8 Jun 2010

BACAAN DALAM MENUNTUT ILMU SOLAT 2

Dalam sebuah negara yang berbilang bangsa dan ugama seperti Malaysia,pengajian ilmu solat secara kolektif akan merapatkan lagi jurang antara pelbagai pengamal agama kerana jurang yang membezakan mereka akan di penuhi oleh ilmu slat yang sempurna yang "berjaya" di kerjakan oleh orang melayu.Nilai baru yang berunsurkan materialistik dan individulistik akan di asimilisasikan dan di pandu melalui solat yang sempurna oleh pelaku solat agar ianya dapat membawa faedah bukan sahaja kepada orang melayu malah kepada kepada sesiapa sahaja yang memerlukannya

Batas dan halangan mempelajari ilmu solat mungkin terbit dari kesan sejarah penerimaan orang melayu terhadap akidah dan kepercayaan islam.Orang melayu terpaksa bergantung kepada pendatang islam berketurunan arab cina dan india pada awalnya untuk mempelajari islam setelah sekian lama (lebih 500 tahun) nenek moyang mereka di jajah dan akhirnya dilalaikan dari mendapat peringatan melalui alquran.Kelalaian dan kecuaian akibat di jajah ini walau bagaimanapun tidak akan di persia sia kan Tuhan kerana pada mana mana zaman sekalipun keadilan Tuhan akan adakan pemandu dan penyampai kesedaran tentang kelalaian terdahulu melalui al quran dan sunnatallah.

Kini orang melayu telah melalui berbagai bagai perubahan hasil dari keberkatan solat masing masing samada secara fizikal maupun mental sehingga mencapai kejayaan kejayaan yang cemerlang gemilang dan terbilang.Bukan hanya menerima bentuk ajaran yang menjurus kepada akidah tauhid dan ibadat semata tetapi berjaya mencungkil potensi solat masing masing dan bersedia untuk menggalaskan tanggungjawab yang diterima dalam solat masing masing.

Nabi Muhammad saw pada awal kebangkitan islam di Mekah telah membimbing umat baginda dengan akidah tauhid dan ibadat khususnya solat dalam mendisiplinkan diri keluarga masyarakat dan bila negara di bentuk organisasi islam akan menjadi kuat.Oleh itu setelah pemerintahan islam berhijrah ke madinah prinsip asas akidah dan ibadat yang di ajar baginda di Mekah telah di jadikan senjata utama dan juga perisai kepada jihad mengembangkan islam samaada melalui propaganda atau peperangan fi sabilillah dengan musuh musuh islam yang nyata.

Tidak ada paksaan dalam islam kerana apa yang di sarankan oleh islam melalui alquran merupakan kehendak yang sudah ada pada setiap manusia secara semulajadi.Kebanyakan isi kandungan ayat ayat alquran menyentuh tentang keperluan untuk menjalani kehidupan dunia..Perkongsian kuasa antara bangsa bangsa membuktikan orang melayu tidak ada kuasa untuk memaksa bangsa bangsa lain untuk mempelajari islam sekiranya itulah kehendak dan pilihan mereka!Apa yang ingin di ketengahkan oleh islam melalui ayat ayat alquran dan sunnah nabi itu ialah ianya juga merupakan kehendak semulajadi mereka semua dan perlu di kongsi bersama seperti mereka berkongsi kuasa mereka dalam memerintah negara.

Muhammad Jauhari Hashim

Tiada ulasan:

Catat Ulasan