KINDLE

Jumaat, 23 Julai 2010

BACAAN DALAM MENUNTUT ILMU SOLAT 6

Pembahagian masa yang sesuai mungkin tidak dapat dilakukan dalam mempelajari ilmu akidah dan ibadah untuk kepentingan diri dan ilmu ilmu lain untuk kepentingan umum kerana memberi fokus berlainan  kepada kedua dua aspek kehidupan itu adalah sebenarnya tidak praktikal.Ilmu akidah dan ibadah adalah persediaan tapak untuk menerima dengan berkesan ilmu yang lain dalam mengembangkan agama.Sekuat mana ilmu ibadah di dapati sekuat itulah asas (foundation) seseorang untuk memahami ilmu ilmu lain untuk di praktikkan dalam memberi menafaat kepada umum.Ini adalah soal tentang mencapai kehendak diri atau kehendak umum dan kesannya bila orang melayu terlalu sangat mementingkan "amalan" diri dengan mempelajari ilmu akidah dan ibadah semata tanpa menghiraukan kepentingan umum.

Mungkin perlu bagi orang melayu memahami betapa pentingnya ingatan yang sepatutnya ada pada mereka terhadap kebesaran Tuhan mereka..Yang  pasti semasa berdiri dan duduk maupun berbaring diwaktu bersolat memberi peluang kepada orang melayu untuk meningati Allah swt.Adakah orang melayu pasti ingatan mereka kepada Allah swt masih utuh semasa berdiri duduk maupun berbaring diluar solat mereka?Memang benar manusia dapat menghuraikan bagimana sesuatu perkara itu terjadi atau dijadikan dengan perantaraan ilmu yang ada pada mereka.Dengan melaksanakan tanggungjawab solat dengan berkesan orang melayu akan mendapat pertolongan Tuhan dengan menemui sebab sebab kenapa sesuatu perkara itu di jadikan demikian oleh Allah swt.Setiap ahli ibadah dapat dengan mudah dan lancar menerangkan betapa pentingnya amalan soalt dan cara yang betul untuk melakukannya.Sekiranya binatang dan tumbuh tumbuhan boleh hidup dan mati seperti manusia bermakna ia juga diberikan nyawa oleh Tuhan mereka.Jadi apakah yang dapat dengan jelas  membezakan antara manusia dan haiwan serta tumbuhan lain selain dari amalan bersolat?

Had dan kelemahan setiap makhluk Tuhan diiktiraf wujud termasuk dari kalangan manusia yamg beragama islam.Pendapat adalah sekata tentang had manusia untuk mengetahui apa yang berlaku di alam ghaib dengan mengatakan bahawa semuanya itu adalah bergantumg kepada kehendak Tuhan mereka.Tetapi fitrah semulajadi manusia masih lagi ingin mengetahui hakikat ini dengan lebih mendalam melalui pendekatan solat sampai ke hati dalam menambahkan keyakinan yang tidak berbelah bahagi tehadap Allah swt.Hal hal berkaitan dengan keagamaan kini di persembahkan dalam media massa untuk di pertontonkan dan di perdengarkan kepada orang ramai namun penjelasan penjelasan yang diberikan berhubung dengan satu satu tajuk al quran tidak sepenuhnya dapat di hayati sehingga tidak mencapai sebarang resolusi atau kupasan yang menyeluruh untuk difahami apabila di dengar dan di lihat.Pengertian lapuk adalah manusia percaya alquran itu datang dari Tuhan mereka.Ianya terlampau suci sehingga pada adatnya perlu diletakkan di suatu tempat khas yang tinggi dari aras kepala.AlQuran dengan itu hanya di ambil dan diturunkan pada masa masa tertentu untuk di baca tanpa keinginan untuk mengetahui setiap maksud dan falsafah yang ada di sebalik apa yang dibaca dan di hafaskan.Mungkin kesannya orang melayu akan mudah merasai diri mereka beriman alim dan warak kerana ayat ayat alquran bila dibaca dengan berulang ulang kali walaupun tanpa mempunyai kefahaman akan sentiasa melekat tetanam di dalam hati mereka

Masa berlalu zaman berubah dan manusia bertukar ganti corak dan ragamnya.Alquran adalah penutup segala kitab kitab Ilahi yang terdahulu diturunkan kepada hambanya.Ini adalah kerana potensi alquran mampu di gunakan untuk di jadikan petunjuk ulung pada mana mana zaman sekalipun.Orang melayu perlu permodenkan pemikiran mereka terhadap cara untuk memperolehi ilmu ilmu Allah swt.Pemikiran yang kaku beku terhadap islam akan mengundang kemunduran dan kehancuran bangsa yang pastinya  bukan matlamat sebenar pengajaran islam.Solat akan menyingkapkan kemahuan semulajadi orang melayu yang mana keselurahan  isi kandungan alquran yang merupakan  kehendak dan kemahuan semulajadi orang melayu akan di terokai dan terserlah dengan kemampuan untuk mencungkil potensi solat mereka masing masing sewaktu mengerjakannya..Solat dengan itu sesuai dan adil untuk di nobatkan sebagai tiang agama,ibu kepada segala peribadatan orang melayu dan pemikat segala ilmu pengetahuan terutamanya dalam konteks mendapat ilmu ilmu yang khusus di kurniakan Allah swt kepada hamba hambanya yang layak.

Solat yang di ajar Nabi Muhammad Saw mempunyai fungsi yang terlalu besar sehinggakan orang arab yang sebahagiannya tidak mengenal apa itu tamaddun mejadi satu bangsa bangsawan yang terkemuka sehingga bangsa bangsa dari eropah merasa kagum dengan ilmu pengetahuan yang di miliki orang islam melalui praktikal solat mereka.Mereka menjadi pakar dalam konteks mentafsir alquran dan sunnah rasul.Oleh itu bilamana terdapat umat islam yang begitu ramai kini di tindas,menunjukkan mereka tidak membaca alquran sebagaimana yang di kehendaki oleh islam.Orang melayu di ajar baca! Maka bacalah kita semata.Meneliti makna maksud falsafah dan hikmat nya tidak lagi di beri penekanan.Orang melayu pula terbawa bawa dalam mengerjakan solat berlandaskan ianya adalah perkara yang di suruh semata mata bukan untuk mengupas objektif dan implikasinya lantaran hanya berhajat untuk mengaut upahan pahala mengerjakannya!Alquran adalah Perlembagaan Tuhan dan apa ertinya undang undang sekiranya ianya tidak dapat kita fahami!

Perhubungan mengikut kepakaran dalam tiap tiap cabang ilmu pengetahuan islam adalah menasabah dan praktikal.Misalnya dengan adanya pakar pakar yang khusus dalam bidang akidah dan ibadah,masyarakat itu akan mendapat panduan agama yang sebenar dan dan tidak mudah di rendahkan oleh moral diri akibat dari penyalahgunaan ilmu ilmu lain yang mendatangkan  nilai material kepada mereka.Nabi Muhammad saw adalah pakar dalam segala bidang ilmu pengetahuan agama termasuk politik dan pentadbiran.Baginda berjaya mencapai setinggi tinggi status dengan menerima kewajipan bersolat secara terus dari Allah swt. di Sidratul Muntaha.Kepakaran yang di perolehi baginda sama sekali tidak boleh di samakan dengan apa yang di perolehi oleh paderi paderi dalam ugama lain.Justru itu konsep RUBHANIAH(kesamian) tidak ada tempat dalam islam.Orang melayu tidak akan mengambil risiko dari pegangan agama mereka dengan membiarkan diri mereka menjadi orang tengah antara penganut agama dan Tuhan mereka sehingga mereka akan dipisah kan dari pemerintahan negara.Orang melayu sebaliknya akan sentiasa mengingatkan diri mereka dengan pesanan Nabi Muhammad saw untuk tidak mencetuskan keadaan huru hara (kiamat) dengan mewujudkan keadaan luarbiasa seperti menghilangkan alquran dari tempatnya(gagal memahami),orang lelaki  menyerupai perempuan (kegagalan sebagai suami penggerak rumahtangga),orang jahil bercakap umum dan lebih lebih lagi memandatkan teraju pemerintahan negara dan negeri kepada yang bukan ahlinya.

Muhammad Jauhari Hashim

Tiada ulasan:

Catat Ulasan