KINDLE

Ahad, 1 Ogos 2010

SISTEM BERMAZHAB BAH 1

Wujudnya mazhab(ikutan) dalam masyarakat islam adalah di sebabkan oleh sistem nilaian yang mereka rasakan sesuai sebagai alat untuk mengikat  mereka bila hidup bersama dalam suatu kumpulan.Mazhab atau ikutan ini mestilah secara majoriti diiktiraf oleh sesuatu masyarakat islam tersebut.Dalam konteks kehidupan orang melayu di Malaysia mereka  ber pengikutkan(bermazhabkan) Imam Syafie yang merupakan satu cabang dari Ahli Sunnah Waljamaah selain dari mazhab Imam Malik Imam Abu Hanifah dan Imam Hambali.Mereka inilah yang paling matang merawikan hadis hadis Nabi Muhammad saw daripada sejumlah 11 orang lagi imam imam mujtahid yang di ketahui dari kajian alquran.Kempat empat imam tadi dalam merawikan hadis semuanya sampai kepada Siti Aishah ra dan seterusnya kepada Nabi Muhammad saw.Falsafah mereka ,hadis hadis nabi perlu di katogerikan untuk difahami terlebih dahulu sebelum ianya di takwilkan.

Orang melayu telah disarankan oleh imam mereka untuk menghafal alquran secara keseluruhan agar agar dapat di ketahui tempat memulakan dan tempat menghentikan pembacaannya.Pengetahuan menyeluruh dari dari hafalan tadi akan memberikan orang melayu ilmu untuk mengetahui nasakh dan maksukhnya.,manakah ayat ayat yang bermaksud secara sama/ gelap(mutasyabihat) dan mana yang bermaksud jelas/terang.(muhkamat) serta ayat ayat yang merupakan ancaman dan juga ayat ayat yang merupan pujukan.Dari situlah orang melayu akan dapat memahami bahagian mana dari alquran itu merujuk kepada hal hal yang khusus dan mana pula yang merujuk kepada hal hal umum serta puncaknya orang melayu akan megetahui mana mana bahagian alquran yang di lengkapkan dengan kata kata khusus tetapi membawa maksud sebenar yang umum dan begitu juaga di sebaliknya.

Imam Shafie pernah dalam perjalanannya menuntut ilmu berguru dengan Imam Malik dan Imam Hambali pula merupakan anak murid Imam Shafie semasa hayatnya.Orang melayu yang bermazhabkan Imam Shafie adalah sama dari sudut perguruan dengan pengikut pengikut Imam Malik dan juga Imam Hambali.Yang membezakan pengikut Imam Shafie (termasuk orang melayu)dengan pengikut Imam Hambali adalah orang melayu kekal dengan ikutan mereka kepada Imam Shafie dan menerimanya selepas kematian nya sementara pengikut Imam Hambali tidak lagi mengikuti Imam Shafie setelah mendapat lanjutan pengajaran dari Imam Hambali dan wujudlah pengikut Imam Hambali secara persendirian.selepas kematian Imam Shafie.Malangnya orang melayu tidak dapat menerima kewujudan Imam Hambali setelah gagal untuk memahami apa yang disarankan oleh Imam Hambali  kepada pengikutnya semata mata atas alasan berlainan mazhab!Sebaliknya pengut Imam Hambali dapat megetahui dan boleh menerima pengajaran yang di bawa oleh Imam Shafie melalui apa yang di ajarkan oleh Imam mereka dan  di  ketahui  mereka Imam Hambali pernah menuntut dengan Imam Shafie semasa hayatnya.Hidupnya manusia adalah kerana di bekalkan dengan pancaindera yang lengkap.Imam Shafie adalah peranakan Palestine dan di besarkan di Mekah sebagai anak yatim piatu.Salasilah pertemuan keturunan Imam Shafie dengan keturunan Nabi Muhammad saw adalah melalui datuk rasulullah saw iaitu Abdul Manaf.Beliau bertapak di di tempat asal keturunannya semasa islam mula di perkembangkan ke Tanah Melayu.Sejarah telah mengesahkan Islam dibawa oleh orang orang Arab di Mekah di zaman kemasyuran Imam Shafie.

Islam adalah suatu agama yang betul kerana ia berpandukan kepada al quran dan sunnah rasul yang di tonjolkan semata mata untuk mengenengahkan kehendak semulajadi manusia..Dengan itu islam tidak hanya di hadkan kepada satu satu kaum atau rumpun bangsa  sahaja.Orang Cina dan India misalnya juga mempunyai penganut beragama islam walaupun setengah daripada mereka mengikuti aliran/mazhab yang lain dari Imam Shafie,ikutan orang melayu.Kenapa islam diterima oleh orang cina yang asalnya beragama Budha /kristian?Begitu juga dengan orang india buleh memeluk agama islam sedangkan pada asalnya ugama mereka adalah hindu?.Ini adalah berfaktorkan bahawa Islam melalui alquran dan sunnah rasul boleh diterima oleh semua golongan manusia selaras dengan keinginan setiap manusia dari mana mana bangsa untuk mengikuti fitrah kemahuan semulajadi mereka.Hakikat persoalanya adalah bagaimana kedudukan  orang orang islam yang tidak bermazhabkan Imam Shafie tetapi tetap memegang kepada Sunnah Waljamaah?

Apabila berpegang dengan satu mazhab orang melayu akan mejadi terlampau sensitif kepada perubahan nilai yang boleh menyebabkan prinsip prinsip.ikutan mazhab mereka di cabuli.Contohnya prinsip yang perlu di ikuti dalam menjadikan seorang melayu layak mengimani makmun nya dalam solat berjemaah.Mereka di perlukan salah satunya fasih dalam membaca al fatihah termasuklah bacaan mengikut Maghrajnya yang di dakwa boleh membetulkan bacaan dalam solat mereka sebagai imam untuk secara sah nya boleh diikuti oleh makmun.Bayangkan lah dalam suatu suasana yang mengancam keselamatan orang melayu yang sedang berjuang mempertahankan agama dan negara mereka, ketiadaan orang yang layak menjadi imam sebagai mana di gariskan oleh prinsip bersistemkan mazhab mereka itu kelak akan merugikan orang melayu.Kesannya solat berjemaah yang begitu penting untuk dilakukan di saat saat kecemasan tersebut tidak akan dapat di laksanakan.Oleh itu mazhab sebenar orang melayu dan bangsa lain yang beragama islam ialah Nabi Muhammad saw.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan