KINDLE

Khamis, 28 Januari 2010

ORGANISASI DAN DISIPLIN SOLAT Bah 4

Kefahaman Al Fatihah sebagai ibu AlQuran dalam konteks mengerjakan solat adalah amat terbatas.Surah yang mempunyai tujuh baris ayat ini memerlukan kefahaman yang menyeluruh semata mata untuk melayakkan diri seorang pengamal solat dalam memahami keseluruhan isi kandungan alquran yang berbahasa arab.Oleh yang demikian sebagai orang melayu yang bersolat akan sentiasa ingin melihat bahasa mereka bahasa melayu bukan sahaja di kekalkan tetapi juga di kembangkan dari penggunaan dan keupayaannya dalam membantu orang melayu mengembangkan potensi dan bakat yang tertinggi dalam bersolat.

Solat adalah untuk memimpin manusia kepada satu tujuan hidup iaitu menerusi kebersihan jiwa masing masing supaya dapat bersifat dengan akhlak yang tinggi dan sentiasa teguh dengan akidahnya dalam membesarkan Allah swt.Solat dapat membetulkan haluan diri dan pandangan pengamalnya kepada Allah swt dengan harapan kelak akan di perlihatkan oleh Allah swt kepadanya akan cara untuk berusaha mengerjakan apa yang di suruhNya dan meninggalkan apa yang di larangNya.

Bahasa menentukn kefahaman bangsa.Bahasa Arab mampu difahami SEPENUHNYA oleh orang orang yang berketurunan arab.Kefahaman bahasa arab oleh bangsa bangsa yang lain tentu sekali tidak sama walaupun ia berupaya di pelajari.Dengan demikian tahap kefahaman ibadat yang dilakukan oleh orang melayu seperti mengerjakan solat berlainan dengan orang arab yang melakukan ibadat itu dengan perantaraan bahasa mereka sendiri.Jelas KEMANISAN bersolat tidak akan dirasai sekiranya ayat ayat alquran yang di baca dalam solat tidak difahami.Inilah sebenarnya dilema orang melayu dalam mempelajari agama islam yang tentunya banyak bersumberkan keterangan keterangan dalam bahasa arab.

Sikap untuk membuat tafsiran,terjemahan,pengalihbahasaan maksud sebenar ayat alquran telah menjadi punca permasaalahan orang orang islam di seruruh dunia.Walaubagaimanapun orang melayu tidak perlu mendalami baahasa arab secara keseluruhan tetapi sebaliknya cuba untuk mencapai kemanisan dalam solat dengan mendalami kefahaman terhadap ayat ayat alquran yang wajib dibaca dalam solat seperti ucapan ucapan persembahan,kata kata pengiktirafan yang terkandung dalam keseluruhan tatacara dan pekerjaan solat yang ingin di laksanakan kelak.Orang melayu cukup sedar betapa pentingnya serta besarnya hikmat melakukan amalan solat dalam konteks menguatkan akidah dan kepercayaan yang merupakan cara peribadatan yang asas bagi mereka.Malangnya skop perlaksanaan ibadat solat telah dilakukan dalam bentuk peniruan.Jika bahasa menentukan identiti orang melayu maka adalah wajar ibadat dilakukan dan di pelajari dari sudut kefahaman budaya dan nilai orang melayu sendiri

Hukum dan rukun sah solat mempunyai mesej dan objektif tertentu dimana setiap rukun jika ditinggalkan solatnya akan terbatal.Daripada tiga belas rukun yang ditetapkan dalam solat hanya terdapat terdapat dua rukun yang merupakan lafas menyebut ayat ayat alquran.Membaca alfatihan dan ayat lazimnya serta bacaan tahiyat adalah wajib sebagaimana wajibnya adanya rukun qiam,rukuk,iktidal,sujud duduk antara dua sujud dan lain lain.Kebanyakan rukun solat yang melibatkan pergerakan anggota bagaimanapun tidak boleh dipandang remeh dengan merasakan tidak perlu dikeetahui hikmah yang ada di sebaliknya.Dengan itu bacaan alfatihah tahiyat dan ayat ayat lazim semasa mengerjakan solat semata tidak mencukupi untuk memahami kenapa solat wajib dan penting kepada orang melayu.Pergerakan pergerakan anggota badan semasa bersolat jika di amati mempunyai keunikanya yang tersendiri.

Orang melayu berdiri tegak mengadap kiblat(qiam)Niat serta mengangkat takbir semasa memulakan solat mempunyai mesejnya yang tersendiri.Pengakuan yang tidak berbelah bagi orang melayu adalah tentang kebesaran Tuhan(Allahuakbar).Kedua dua tangan diangkat untuk menterjemahkan ucapan tadi dengan dengan perbuatan serta niat untuk mengesahkan apa yang dilafaskan.Doa iftitah dibaca setelah tangan yang di angkat tadi diletakkan seolah olah dalam keadaan menyerah diri kepada bidang kuasa Allah swt malah dirasakan seperti mayat yang sedang dimandikan.Rukuk adalah hakikat tindakbalas dari dailog dan pergerakan yang sebelum ini telah dilaksanakan iaitu tunduk dan patuh kepada segala yang diperintahkan Allah swt dalam ayat ayata alquran yang telah dilafaskan.Orang melayu berkali kali dalam setiap rekaat solat nampak tunduk dan patuh tetapi sikap ketundukan dan kepatuhan kepada Allah swt malangnya tidak dapat di realisasikan diluar solat.Begitu juga sujud menghinakan diri kepada Tuhan semasa bersolat tidak membuahkan sikap untuk sentiasa merendah diri semasa berada diluar solat sehinggakan perletakkan kepala yang di anggap mulia ketanah seolah olah tidak membawa apa apa erti!

Muhammad Jauhari Hashim

Tiada ulasan:

Catat Ulasan