KINDLE

Khamis, 7 Januari 2010

ORGANISASI DAN DISIPLIN SOLAT Bah 2

Al fatihah - Tingkat dan darjat solat pengamalnya akan di tentukan bergantung kepada tahap keberkesanan solatnya samaada dapat memberikan pendedahan kepada pengamalnya atau tidak. Samaada solatnya tersebut berjaya membawa kepada kesedaran diri tentang potensi dan bakat masing masing dalam menerima dan mematuhi arahan dan tangungjawab yang terbit dari kesedaran tersebut atau tidak.

Setiap daripada pelaku solat adalah pemegang amanah Allah swt dan akan akhirnya di pertangguungjawabkan kepada setiap apa yang di amanahkan.Allah swt tidak meminta apa apa rezeki dari umatnya malah Dialah Pemberi Rezeki yang Nyata.Penciptaan Allah swt dilangit seperti matahari bulan bintang udara angin awan berserta hujan adalah fenomena curahan rezeki Allah di mukabumi.Tujuh anggota tubuh badan pelaku solat juga merupakan rezeki tanda kekuasaan dan kekayaan Allah swt.Begitu juga rezeki yang berada di dalam mukbumi seperti besi tembaga emas minyak dan sebagainya adalah semuanya untuk kemenafaatan manusia.Oleh itu Allah swt adalah sebaik baik pemberi rezeki.

Solat yang berkesan merangkumi tiga juzuk yang berbentuk syariat tarikat dan hakikat.Pada juzuk syariatnya solat di wajibkan kepada pengamalnya untuk di sempurnakan sebagaimana Nabi Muhammad saw menyempurnakannya.Dimulakan dengan takbir dan di sudahi dengan salam.Ini merupakan politik nabi untuk mendedahkan pengamal solat kepada islam /addin,kehendak semulajadi manusia iaitu kepada al quran.Pada juzuk tarikatnya pula tatacara solat wajib merangkumi unsur-unsur khusuk,tawadduk dan munajat.Apabila pengamal solat khusuk dalam tatacara sujudnya mereka akan sentiasa bercita cita akan berjumpa dengan Allah swt dan sedar akan di tanya Allah tentang orang orang yang di bawah jagaan mereka.Melalui tatacara rukuk mereka tawadduk dan merendah diri kepada sesiapa sahaja kerana mereka sedar mereka pandai merendah diri kepada Allah swt.Manakala dengan bermunajat mereka sedar akan lafas doa dan kata kata rayuan mereka kepada Allah swt akan membuahkan suatu persaan kasih malu takut dan cemburu kepada Allah swt.Dalam juzuk hakikat bersolat mereka akan terfikirlah akan kebesaran Allah swt.

Solat bagi pengamalnya adalah titik tolak perjuangan ingin mempertahankan agama dan negara walaupun terpaksa mengorbankan harta dan nyawa mereka.Akal fikiran mereka sentiasa berkemahuan untuk mengkaji segala perkara atau benda kejadianAllah swt yang diterbitkan dari lima pancainderanya.Implikasi dari pengkajian tersebut mereka akan dengan penuh disiplin mengakui bahawa tidak terdapat sesuatu pun yang diciptakan Allah swt di mukabumi ini dengan sia sia.Tiap tiap sesuatu yang baik dan sebaliknya dari pengkajian melalui pancaindera mereka adalah semuanya berfaedah dan terpuji kerana setiap kejadian Allah swt itu ada tempat yang ianya sangat di perlukan dan menjadikan ianya bermenafaat serta akan memberi faedah kepada mereka.

Kefahaman Al Fatihah sebagai ibu al quran dalam konteks mengerjkan solat amatlah terbatas.Surah yang mempunyai 7 baris ayat ayat Allah ini memerlukan kefahaman yang menyeluruh adalah suatu cabaran yang besar untuk pengamal solat dalam melayakkan diri memahami keseluruhan isi kandungan alquran yang diturunkan Allah swt.Sebagai seorang melayu yang bersolat mereka sentiasa ingin melihat bahasa mereka bukan sahaja di kekalkan malah di perkembangkan lagi dari segi penggunaan dan keupayaannya dan dapat membantu mereka mencapai potensi dan bakat yang tertinggi dalam bersolat.

Bahasa mementukan kefahaman bangsa.Bahasa arab hanya mampu difahami sepenuhnya oleh orang yang berketurunan Arab.Kefahaman bahasa arab oleh oleh bangsa bangsa lain termasuk orang melayu sudah tentunya sekali tidak sama walaupun ianya berupaya di pelajari dan difahami.Dengan demikian tahap kefahaman dan potensi beribadat termasuk solat orang melayu sudah tentunya tidak sama dengan orang arab yang melakukannya dengan perantaraan bahasa mereka sendiri.Jelas kemanisan bersolat tidak akan di rasai apabila kefahaman membaca ayat ayat alquran dalam solat itu terbatas bagi orang melayu.Inilah dilema orang melayu dalam mempelajari agama islam yang banyak bersumberkan keterangan keterangan dalam bahasa arab.

Sikap untuk membuat tafsiran terjemahan dan pengalih bahasaan al quran telah menjadi punca permasaalahan orang islam di seluruh dunia.Walaubagaimana pun orang melayu tidk perlu mendalami bahasa arab secara keseluruhan tetapi sekadar cuba untuk mencapai kemanisan dalam solat mereka.Mereka cuma perlu mendalami kefahaman terhadap ayat ayat alquran yang wajib dibaca dalam solat mereka.Ini termasuk yang berhubung dengan ucapan ucapan persumpahan dan kata kata pengiktirafan serta doa doa dan lafas munajat.Orang melayu cukup sedar betapa penting serta besar hikmatnya mengerjakan solat dalam konteks menguatkan akidah dan kepercayaan dan ianya merupakan asas kepada peribatan mereka kepada Allah swt.Malangnya skop perlaksanaan mengerjakan solat dilakukan dalam bentuk peniruan.Bahasa menentukan bangsa.Jika bahasa menentukan identiti maka wajarlah juga ibadat seperti solat dipelajarinya dari sudut kefahaman budaya dan nilai identiti mereka

Muhammad Jauhari Hashim

Tiada ulasan:

Catat Ulasan