Setiap orang melayu islam pengamal solat yang ingin mematuhi arahan Tuhan iaitu mempelajari apa sahaja yang disampaikan oleh Rasulullah saw untuk di amal dan dipraktikkan mereka,suara suara azan adalah signifikan.Jiwa mereka akan terbasuh dengan kalimah kalimah Allah swt dengan melafaskan kembali kalimah kalimah yang di bawa oleh bilal mereka sebagai tanda akuan mereka sendiri bahawa TIADA SEBENARNYA TUHAN MELAINKAN ALLAH.Mereka tidak akan sekali kali berganjak dari sikap tegas mereka walaupun mendengarkannya berkali kali.Apabila mereka di beritahu pula bahawa NABI MUHAMMAD ITU PESURUH ALLAH,hati dan jiwa mereka juga mengaku menerimanya serta berikrar akan menuruti jejak langkah perjuangan serta pengorbanan Rasulullah mereka.
Apabila mereka di seru MARILAH BERSOLAT lantas mereka menjawab TIADA DAYA DAN UPAYA AKU MELAINKAN DENGAN KUASA ALLAH YANG MAHA MENGETAHUI DAN MAHA BESAR.Jawapan ini di luahkan lantaran mereka sedar dari kematangan makrifatullah mereka bahawa tiada satu pun kuasa walaupun untuk mereka bangun bersolat melainkan semata mata dengan kudrat dan iradat Allah swt jua.Begitu juga ucapan mereka apabila di seru MARILAH MENUJU KEJAYAAN
Melalui kematangan inilah mereka akan -BERTAKBIRATULIHRAM- dengan lafas memberi pengakuan yang tidak berbelahbagi akan kebesaran Tuhan mereka.-ALLAH YANG MAHA BESAR-.Tangan tangan mereka mendakap diri meggambarkan bahawa mereka sedang berhadapan dengan Allah Yang Maha Agong,Yang Maha Mulai dan Yang Maha Gagah Perkasa.Jiwa dan hati mereka terasa seolah olah sebagai seorang yang mati dihadapan tukang mandinya;tiada berdaya dan berserah berserah diri kepada Allah segala galanya bila menyebut; -ALLAH YANG MAHA BESAR DENGAN SEBENAR BENARNYA SERTA KEPUJIAN ITU BAGI ALLAH DENGAN SEBANYAK BANYAKNYA.MAHA SUCI ALLAH PAGI DAN PETANG.AKU HADAPKAN MUKA KU KEPADA YANG MENJADIKAN LANGIT DAN BUMI DALAM KEADAAN CONDONG DAN BERSERAH DAN TIADALAH AKU DARI GOLONGAN ORANG MUSYRIKIN.SESUNGGUHNYA SOLATKU IBADATKU,HIDUPKU,MATIKU BAGI ALLAH TUHAN SEKELIAN ALAM,TIADA SEKUTU BAGINYA DAN DEMIKIAN ADALAH AKU DARI GOLONGAN ORANG ORANG MUSLIMIN-
Setelah hati mereka dipenuhi khusuk dan tawadduk ke hadrat Allah,maka mereka perlahan lahan membaca -SEGALA KEPUJIAN BAGI ALLAH TUHAN SEKELIAN ALAM-Sebutan itu bererti mereka memberi akuan bahawa kesemuanya kejadian ciptaan Tuhan tidak ada yang buruk sebenarnya malah kesemuanya baik dan terpuji lantaran jika di dikaji sedalam dalam dan sehalus halusnya,nescaya didapati semuanya ada tempat di mana ianya di kehendaki(tempat letak kejadian); Najis misalnya yang kotor bagi manusia jika diletakkan pada pokok maka najis tadi dapat membantu pertumbuhan pokok tersebut untuk terus subur yang akan mengeluarkan hasil yang dapat di menafaatkan oleh manusia dan binatang.Tetapi pokok tersebut amat benci seandainya di beri emas permata berlian yang akan membantut pertumbuhan dan jangka hayat mereka SEDANGKAN ianya amat dikasihi oleh manusia.Alhasil kedua duanya sama sama berguna dan berfaedah kepada manusia kesan akhirnya.
Kefahaman sedemikian menyebabkan mereka dengan segala perasaan insaf berkata; -TUHAN YANG AMAT PEMURAH LAGI PENGASIH- Bagi mereka tidak ada Tuhan yang wajar di sembah serta berkuasa penuh dunia akhirat melainkan Allah swt bila pula berkata;-TUHAN YANG MENGUASAI PADA HARI KIAMAT-;-AKAN ENGKAU AKU SEMBAH DAN KEPADA ENGKAULAH AKU POHON PERTOLONGAN-;-TUNJUKI AKU JALAN YANG SEBENARNYA-;-JALAN YANG ENGKAU TELAH KURNIAKAN KEATAS MEREKA ITU-;-BUKAN JALAN YANG DI MURKAI KEATAS MEREKA ITU DAN BUKAN JALAN YANG SESAT-Perkenankanlah akan kami
Kemudian dengan perlahan lahan serta dengan perasaan sedar dan insaf mereka menundukkan kepala (rukuk) serta di bacanya; -MAHA SUCI TUHAN YANG MAHA BESAR DENGAN SEGALA KEPUJIANNYA-.Kata kata dan ucapan sedemikian mencerminkan pandangan mereka bahawa Keagungan Allah swt di kagumi mereka lantaran segala kejadianNya menpunyai hikmah yang halus berlatarbelakangkan kebaikan kepada hamba hamba dan keselurahan mahklukNya walupun pada zahirnya ternampak bagai tiada bererti.Oleh itu mereka memuji Allah swt dengan penuh perasaan dan dengan sepenuh jiwa raganya.
Bacaan I'tidal;- TELAH MENDENGAR ALLAH SIAPA YANG MEMUJUINYA-.Kata kata semikian adalah gambaran kepada keyakinan mereka bahawa Allah tetap tidak akan mensia siakan segala usaha kebaikan yang dilakukan oleh hamba hambaNya, malah akan di beri pertimbangan yang sewajarnya.Tegasnya akan dibalas dengan sebaik baiknya.-HAI TUHAN KAMI BAGI ENGKAULAH SEGALA KEPUJIAN.Kata kata ini di ucapkan lantaran segala galanya nya dijadikan Allah memenuhi langit dan bumi dengan bijaksana;kesemuanya baik serta terpuji.
Bacaan antara Dua Sujud;-HAI TUHAN KAMI,AMPUNI AKAN KAMI ;DAN KASIHANILAH AKAN KAMI;DAN KAYAKAN OLEH MU AKAN KAMI;DAN KURNIAKAN REZEKI UNTUK KAMI;DAN TUNJUKKANLAH OLEH MU AKAN KAMI;DAN SIHATKANLAH TUBUH BADAN KAMI;DAN AMPUNILAH AKAN KAMI- Bahawa dengan perasaan dan tekanan tauhid dan makrifat mereka maka timbullah kerendahan diri terhadap Tuhan mereka Yang Maha Agung;memohon sesuatu atas dasar serta hasrat memperhambakan diri lantaran tanpa Pertolongan dan PerlindunganNya nescaya binasalah diri mereka.Mereka memohon petunjukNya,kesihatan diri mereka,kemurahan rezeki yang juga dariNya berserta keampunan dengan KemurahanNya
Bacaan Dalam Tahiyyat;
- SEGALA UCAPAN HORMAT,KEBERKATAN,SOLAWAT DAN SEGALA KEBAIKAN SEMUA KEPUNYAAN ALLAH(Kemuliaan yang bertambah tambah ialat solat 5 waktu)-;
-SEJAHTERA ATAU ENGKAU WAHAI NABI SERTA RAHMAT ALLAH DAN BERKATNYA-;
-SEJAHTERA ATAS KAMI DAN KEATAS HAMBA HAMBA ALLAH YANG BAIK-;
-KAMI MENYAKSI BAHAWA TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH DAN KAMI MENYAKSI BAHAWA NABI MUHAMMAD ITU PESURUH ALLAH-;
-HAI TUHAN KAMI RAHMATLAH KEATAS NABI MUHAMMAD DAN AHLI AHLINYA SEPERTI ENGKAU RAHMATI NABI IBRAHIM DAN ATAS KELUARGANYA DAN BERKATKAN PENGHULU KAMI NABI MUHAMMAD DAN ATAS KELUARGANYA.SEPERTI ENGKAU BERKATKAN NABI IBRAHIM DAN ATAS KELUARGANYA.PADA SEKELIAN ALAM BAHAWA ALLAH JUA YANG TERPUJI LAGI KEMULIAAN.
Muhammad Jauhari Hashim
Tiada ulasan:
Catat Ulasan