KINDLE

Isnin, 10 Ogos 2009

'PRESSURE GROUP' PENGKHIANAT DEMOKRASI

Mana mana kerajaan yang berkuasa terpaksa menghadapi dalam sistem pentadbirannya kumpulan kumpulan yang mempunyai pendapat untuk di majukan kepada kerajaan yang memerintah dengan pelbagai cara bersenjatakan undi mereka dalam sistem demokrasi.Mereka ini merasakan mereka boleh menentukan jatuh bangun sesebuah kerajaan itu


Kumpulan yang digelar pressure group ini di ibaratkan sebagai dapat memberikan sedikit menafaat kepada kerajaan tetapi kemudharatan tindakan mereka apabila di salah gunakan akan jauh melebihi kemenafaatan kewujudan mereka.Salah satu tindakan mereka iaitu 'lobbying'(kawasan tempat rehat dewan persidangan wakil rakyat) sudah tidak lagi memberikan kepuasan kepada kumpulan ini dalam menyuarakan pendapat mereka.Mereka merasakan telah gagal dengan cara ini dalam meyuarakan pendapat pendapat supaya diterima oleh wakil wakil rakyat dan kerajaan yang terbentuk daripadanya.


Kemudian mereka menggunakan pula senjata mereka yang tidak demokratik untuk menyuarakan pandangan mereka seperti melalui tunjuk perasaan dan demostrasi jalanan dalam membangkitkan semangat anti kerajaan .Diserata dunia kumpulan ini wujud dalam pemerintahan kerajaan demokratik sehingga ada sesetengah kerajaaan di dunia terpengaruh dengan dengan cara kumpulan ini meyuarakan pendapat mereka semata mata untuk memastikan polisi mereka(pemerintah) itu mendapat sokongan orang ramai


Didalam satu pemerintahan yang korup dan buruk,cara demostrasi yang di anjurkan oleh kumpulan ini mempunyai tempat.Namun kesannya walaupun kerajaan yang korup itu dapat dijatuhkan,korupsi dan kerajaan yang tidak cekap juga tidak dapat di hapuskan.Ini adalah kerana sesiapa sahaja yang membentuk kerajaan selepas itu juga menjadi korup dan tidak cekap. Pengaruh pressure group tersebut telah dapat mencampuri urusan pemerintahan negara.


Sekiranya sesebuah negara islam mempunyai kerajaan yang terbentuk dari wakil wakil rakyat nya yang baik,cekap dan tidak korup ditekan juga oleh kumpulan ini,maka atas dasar kepentingan diri mereka,kumpulan ini akan menjadi pendusta ugama.Mereka ternyata menyembunyikan kebaculan mereka terhadap sesuatu perkara dengan meluahkan perasaan untuk mendapatkan kesihan belas orang ramai terhadap apa apa faedah dan kepentingan yang gagal mereka perolehi.Oleh itu kesan buruk tindakan demostrasi dan tunjuk perasaan samaada di adakan secara sah atau tidak akan akan musnahkan pentadbiran yang di pilih melalui undang undang secara demokratik dan menimbulkan anarki.


Perlembagaan Negara adalah undang undang tertinggi bagi orang melayu.Ia menjamin hak bersuara dan berkumpul.Kebebasan tersebut jika di salah gunakan akan memudharatkan negara..Sekiranya ada dikalangan orang melayu terlibat dalam pengedaran dadah merbahaya yang boleh memudharatkan rakyat dan negara,peruntukan kebebasan bergerak bersuara dan berkumpul sudah dengan sendirinya tidak terpakai kepada mereka.Bila di tangkap dan mempunyai bukti mereka akan dihalang untuk bebas bergerak,bersuara dan berkumpul lagi bila sabit kesalahan mereka.Begitu jugalah keadaannya jika orang melayu melakukan demostrasi untuk menukar kerajaan yang di dakwa mereka korup dan buruk.Sekiranya tindakan demostrasi hanya untuk tujuan sebegini,mungkin orang melayu boleh berjaya.Tetapi kerajaan yang korup buruk dan tidak cekap itu tidak sebegitu mudah untuk dimusnahkan.Yang pasti keadaan negara akan menjadi lebih buruk walaupun demostrasi boleh menjatuhkan kerajaan yang benar benar korup buruk dan tidak cekap.


Apa yang perlu di renongi ialah kesan tidak demokratik pressure group tersebut kepada masa depan negara dan rakyatnya.Permusuhan yang nyata akan berlaku antara rakyat dan pemimpin pemimpin mereka.Kini orang melayu sudahpun terpengaruh dengan justifikasi untuk berdemostrasi sebagai alat untuk membangitkan api kemarahan dan permusuhan sesama sendiri sebagaimana yang di kehendaki oleh iblis pelopor permusuhan.Orang melayu bila berdemostrasi akan mula berbaik baik dengan pelopor latnat tersebut walaupun 'diakui' musuh mereka yang nyata kerana telah menghidupkan 'api' permusuhan melalui demostrasi anjuran kumpulan tersebut.


Orang orang yang beriman dikalangan mereka yang berdemostrasi sudah di lalaikan melalui tindakan mereka itu untuk mentaati Allah dan Rasul dan Ulil Amri iaitu pemerintah yang diberi kuasa dari pilihan majoriti rakyat termasuk pilihan mereka sendiri.Tidak mentaati pemerintah yang di amanahkan adalah suatu kesalahan besar kerana memudharatkan keselamatan masa depan rakyat dan negara.Oleh itu sebarang suara,pergerakan dan niat berkumpul untuk menggambarkankan ketidak taatannya kepada pemerintah perlu disekat kerana hak hak mereka tersebut sudah lagi tidak bermakna.Mereka telah gagal untuk mendapatkan separuh dari keimanan mereka untuk mengasihi tanah air mereka sendiri.




Puncak tanggongjawab seorang yang ingin mengamalkan islam adalah kepada negaranya.Nabi Muhammad s.aw sanggup menjadikan dirinya sebagai barang gadaian semata mata untuk mempertahankan negara baginda.Segala pekerjaan yang dilakukan baginda adalah semata mata untuk kepentingan negara.Apa sahaja perkerjaan baginda adalah untuk di menafaatkan oleh orang lain yang sama senegara dengannya.Oleh itu janganlah ada orang melayu yang beragama menderhaka kepada negaranya.Orang melayu wajib mengenangi kesususahan yang di alami oleh datuk moyang mereka semasa negara di jajah.Orang melayu tidak boleh membiarkan diri mereka dikutuk oleh anak cucu mereka sendiri kerana cuai dan lalai hingga sanggup dan berhasrat untuk menjatuhkan negara mereka sendiri walaupun di ketahui dengan nyata negara telah mencapai kejayaan dan rakyat terdedah dengan kekayaan yang melimpah ruah hasil dari perjuangan orang melayu terdahulu.




Binatang seperti unta yang tidak mempunyai akal fikiran yang sempurna tahu akan asal usul kejadiannya iaitu untuk semata mata berbakti kepada manusia sebagai menunaikan tanggungjawabnya kepada Tuhan.Ia sanggup di bebani dengan apa sahaja yang di ingini manusia walaupun dengan upah atau ganjaran rumput yang kering



Setiap orang melayu yang ingin menghayati islam secara universal harus merenung semula tindakan mereka yang cuba dan bercadang untuk menjatuhkan kerajaan yang baik cekap dan tidak korup yang sekian lama memberi menafaat kepada agama bangsa dan negara.Nabi Muhammad saw dan sahabat sahabat baginda telah di cela diumpat sehingga di tuduh murtad hatta di bunuh oleh orang orang ternama dizaman mereka yang bermotifkan politik.Materialistik dan individulistik bermotifkan kolonialisme yang dikejar adalah asas kepada penentangan mereka untuk menjatuh kan kerajaan Nabi Muhammad saw yang baik Tindakan mereka mencela mengumpat dan bercakap songsang terhadap kerajaan nabi yang baik tadi tiada kena mengena dengan pegangan agama masing masing.Ia adalah suatu kesenambungan bentuk penentangan politik yang bermula dari zaman Nabi Musa as lagi.Sebelum itu manusia tidak ramai lagi wujud didunia yang boleh membawa berbagai isu.Di zaman Nabi Musa lah timbulnya sikap berlumba lumba mengumpulkan harta dan manusia mula berbangga dengannya sepertimana yang berlaku kepada firaun yang hidup semata mata atas konsep individulistik dan materialistik.




Nabi Muhammad saw pula pada peringkat umur dua puluhan telah digambarkan sebagai seorang yang telah dewasa kerana memperisterikan Siti Khatijah yang lebih tua usianya.Motif dan objektif perkahwinan tersebut banyak memberi iktibar.Untuk mendewasakan penuntut penuntut,suatu ikatan kedewasaan perlu di dedahkan kepada mereka.Dengan kata lain bimbingan kearah kedewasaan amat penting kepada mereka kerana tahap pemikiran dan intelek mereka mula terserlah dari serapan ilmu pengetahuan peringkat tertinggi.Kematangan mereka pula perlu sentiasa dibimbing kearah kemefaatan bukan kepada kemudharatan sehingga terlibat dalam kegiatan kegiatan yang membolehkan mereka dituduh sebagai pengkhianat demokrasi.



Titik tolak baik buruk sesuatu perbuatan yang di lakukan adalah dilihat dari sejauh mana kesan perbuatan tersebut bermenafaat pada diri bangsa agama dan negara ataupun ianya memudharatkan.Sejarah tunjuk perasaan di Malaysia setelah dikaji dari mula hingga ke "logical cause" yang akhir menunjukkan perbuatan mereka ini mendatangkan kemudharatan kepada negara yang sepatutnya di pertahankan.Elemen atau pengaruh luar adalah perkara pokok yang menjadi penggerak kepada tercetusnya tunjuk perasaan.Hak kebebasan bersuara berkumpul dan mengeluarkan pendapat dijadikan justifikasi sekirannya perbuatan dan suara mereka di sekat.



Pusat pusat pengajian tinggi gagal mematangkan penuntut mereka dalam kehidupan kampus walaupun berjaya "mengilmukan" mereka.Kematangan yang di maksudkan adalah kematangan dalam melihat dan melakukan sesuatu dalam konteks pemikiran orang dewasa.Pusat pengajian tinggi gagal menjadi "isteri" kepada penuntut mereka kerana kedewasaan yang di harapkan dari organisasi mereka tidak dapat di menafaatkan oleh penuntut mereka.Sebaliknya elemen dan pengaruh luar telah meresap masuk dan merasuk penuntut agar bangun menentang setiap apa yang mereka fikirkan tidak wajar akibat dari "perkahwinan" mereka dengan organisasi tempat mereka belajar yang tidak "bahagia".Mereka tidak lagi mempunyai masaalah mencari alasan alasan untuk mengadakan tunjuk perasaan.Dari isu pemilihan naib cancelor,tapak universiti kegagalan pemimpin penunutut dalam peperiksaan,taraf universiti sehinggalah mempertikaikan pemilihan perdana menteri,menteri besar,duta duta,kemiskinan,memiliknegarakan perniagaan,rasuah,kronisma dan lain lain lagi.



Kita di Malaysia selalu memikirkan apa yang terjadi di negara lain tidak akan berlaku di negara sendiri.Lima belas tahun dahulu,tunjuk perasaan seperti apa yang berlaku dewasa ini tidak pernah difikirkan sebagai berkemungkinan.Lima belas tahun dahulu semasa ekonomi negara melonjak naik,rakyat hidup dengan serba mewah,kejala bohsia/bohjan,budaya lepak,penyalahgunaan dadah,penggunaan islam sebagai alat perjuangan golongan berfahaman syiah juga tidak di fikirkan mungkin berlaku.Tetapi kini kronisma,penyalahgunaan kuasa kerajaan,ekonomi meleset akibat serangan spekulator mata wang dan salah urus tadbir korporat mula di jadikan isu dan tidak sesiapapun dapat mengatakan bahawa keruntuhan pentadbiran serta undang undang dan wujudnya anarki tidak boleh berlaku di Malaysia



Walaubagaimanapun budaya tunjuk perasaan tidak begitu tersebar luas di seluruh negara kerana rata rata rakyat Malaysia sentiasa mengamalkan dan memperjuangkan keamanan dan keharmonian hidup dalam rumpunan kehidupan pelbagai kaum.Rusuhan anti kaum sudah dapat di hakis semenjak tahun 1969 lagi.Dasar Ekonomi Baru yang di pelopori oleh kerajaan yang memerintah telah berjaya mengimbangi taraf hidup berbagai kaum di dalam negara.Yang paling penting adalah kesedaran majoriti rakyat khususnya orang melayu tentang hikmah dan nikmat beragama dan mengamalkan prinsip prinsip agama dalam kehidupan harian mereka.



Tunjuk perasaan melalui pressure group ini memang ada peranannya atau ada kemefaatannya tetapi kemudharatan perbuatan tersebut adalah lebih besar dalam konteks keselamatan negara.Dalam usaha menghalau nyamuk yang mengancam,janganlah sampai kelambu hendak dibakar.Padah dan malapetaka akan menimpa negara sekiranya rakyat tidak mempunyai keimanan dan keyakinan untuk mempertahankan negara yang di tuntut untuk dilaksanakan khususnya oleh orang melayu dan rakyat umumnya oleh Allah swt.

Muhammad Jauhari Hashim

Tiada ulasan:

Catat Ulasan