KINDLE

Sabtu, 26 September 2009

ORGANISASI DAN DISIPLIN SOLAT Bah 1

Bila membicarakan falsafah solat,organisasi serta disiplinnya,setiap manusia yang beriman tidak kira apa bangsa warna kulit dan keturunannya adalah sama disisi Tuhan.Tidak akan wujud jurang pemisah antara kaum dan warganegara samaada yang muda atau yang tua dalam melaksanakan tanggungjawab yang timbul dari keberkesanan solat.Inilah keistimewaan dan kebesaran bersolat yang di tuntut oleh fitrah semulajadi manusia yang beriman.Oleh itu organisasi dan disiplin solat amat penting bagi manusia yang beragama dalam menjalani kehidupan harian mereka.Solat merupakan alat perhubungan dalam mendapatkan pakaian yang akan di bekalkan khusus oleh Allah swt kepada pengamal solat yang berpotensi dan berwibawa.



Dari abad ke lima belas sehingga ke abad dua piloh,hanya Thailand,China dan Jepun adalah antara negara negara di rantau Asia yang bebas dari penjajahan eropah.Ini adalah berpunca dari organisasai dan disiplin hidup rakyatnya yang amat ketara kuatnya dapat menangkis setiap serangan dan penaklukan oleh pihak barat.Nilai nilai kemanusiaan yang ada pada rakyat di negara negara tersebut tidak memudahkan mereka tunduk kepada kuasa kuasa barat tersebut secara melampau.Imperialisma Barat berkembang di seluruh dunia adalah akibat dari tenggelamnya peradaban dan tamaddun islam.Puncanya antara lain adalah manusia yaang berugama telah melupakan disiplin dan organisasi solat yang dilakukan oleh mereka



Sejarah islam telah membuktikan bahwa dalam Peperangan Badar tentera islam yang hanya berjumlah 313 dibawah pimpinan Nabi Muhammad saw telah berjaya mempertahankan maruah dan imej islam dan penganutnya dari serangan kafir quraisy.Ini adalah hasil dari 13 tahun pengajaran nabi Muhammad saw semasa di Mekah berhubung dengan ibadah khusus yakni mengorganisasikan serta mendisiplinkan umatnya melalui ibadat solat.Kesannya akidah tentera islam di Badar amat kukuh sehingga mampu dengan pertolongan Allah swt menangkis semua ancaman musuh mereka.



Panglima dan Hulubalang yang mempertahankan Melaka dari serangan Portugis mendapati mustahil untuk memberi arahan arahan yang tepat dan berkesan dalam jangkamasa yang di kehendaki kerana tentera tentera yang mengawal Melaka pada masa itu tidak di bekalkan dengan "line of commands" yang lengkap sebagaimana tentera tentera Portugis bagi mempastikan segala arahan dapat di sampai kan secara tepat dan berkesan.Manakala sistem perhubungan antara tentera tentera dan dan ketua ketua mereka tidak kemas sehingga masing masing terpaksa bertindak bersendirian dan tidak serentak.

Zaman kegemilangan pemerintahan islam memerlukan umat islam melakukan ibadat solat hingga sampai kehati mereka.Ibadat solat perlu menjurus kearah kesannya yang membuahkan kerajinan melakukannya kerana terdapatnya unsur unsur kemanisan kelazatan dan zuk padanya.Destinasi amalan solatnya pula mampu menguruskan perhubungan diri dengan Allah dan dengan sesama manusia,Habluminallah Habluminannas.Setiap lafaz yang di buat dalam solat diucapkan dengan hati hati penuh kesedaran,memahami makna dan maksud setiap daripadanya

Berdiri menghadiri diri dihadapan Allah swt laksana mayat terbujur kaku beku untuk di mandikan dan diperintah pula untuk mengaku kebesaranNya,segala kepujian adalah milikNya, KesucianNya pagi dan petang petang.Manakala sumpah taat setia nya pula "AKU HADAPKAN DIRI KEPADA TUHAN YANG MENJADIKAN LANGIT DAN BUMI,DENGAN LURUS PATUH DAN SEKALI KALI TIDAK INGIN MENJADI ORANG YANG MUSHRIK.SESUNGGUHNYA SOLAT KU IBADATKU HIDUP KU DAN MATI KU HANYALAH UNTUK TUHAN YANG MEMELIHARA SEKELIAN ALAM.AKU KINI DIPERINTAHKAN DAN AKU YAKIN BERADA DALAM GOLONGAN MUSLIMIN"

Setiap pergerakan dalam solat, bacaan serta tamakninahnya bukan sahaja tetap tetapi setiap daripadanya mempunyai mesej dalam menunjukkan cara untuk bertugas dan menjalankan tanggungjawab tujuh anggota tubuh badan dengan tepat dan serentak.Solat adalah latihan pengamalnya dalam menyusun diri sebagai satu pasukan bukan ingin bertindak secara bersendirian tetapi berjemaah.Organisasi dan disiplin yang terbentuk dari solat yang sempurna akan memainkan peranan yang berkesan kepada pengamal solat sedemikian dalam menjayakan tugas dan tanggungjawab terhadap agama diri keluarga bangsa dan negaranya.Ketertiban susunan tatacara solat adalah begitu kemas membuktikan organisasi dan disiplin yang ketat ingin di kuatkuasakan.

Muhammad Jauhari Hashim

Isnin, 10 Ogos 2009

'PRESSURE GROUP' PENGKHIANAT DEMOKRASI

Mana mana kerajaan yang berkuasa terpaksa menghadapi dalam sistem pentadbirannya kumpulan kumpulan yang mempunyai pendapat untuk di majukan kepada kerajaan yang memerintah dengan pelbagai cara bersenjatakan undi mereka dalam sistem demokrasi.Mereka ini merasakan mereka boleh menentukan jatuh bangun sesebuah kerajaan itu


Kumpulan yang digelar pressure group ini di ibaratkan sebagai dapat memberikan sedikit menafaat kepada kerajaan tetapi kemudharatan tindakan mereka apabila di salah gunakan akan jauh melebihi kemenafaatan kewujudan mereka.Salah satu tindakan mereka iaitu 'lobbying'(kawasan tempat rehat dewan persidangan wakil rakyat) sudah tidak lagi memberikan kepuasan kepada kumpulan ini dalam menyuarakan pendapat mereka.Mereka merasakan telah gagal dengan cara ini dalam meyuarakan pendapat pendapat supaya diterima oleh wakil wakil rakyat dan kerajaan yang terbentuk daripadanya.


Kemudian mereka menggunakan pula senjata mereka yang tidak demokratik untuk menyuarakan pandangan mereka seperti melalui tunjuk perasaan dan demostrasi jalanan dalam membangkitkan semangat anti kerajaan .Diserata dunia kumpulan ini wujud dalam pemerintahan kerajaan demokratik sehingga ada sesetengah kerajaaan di dunia terpengaruh dengan dengan cara kumpulan ini meyuarakan pendapat mereka semata mata untuk memastikan polisi mereka(pemerintah) itu mendapat sokongan orang ramai


Didalam satu pemerintahan yang korup dan buruk,cara demostrasi yang di anjurkan oleh kumpulan ini mempunyai tempat.Namun kesannya walaupun kerajaan yang korup itu dapat dijatuhkan,korupsi dan kerajaan yang tidak cekap juga tidak dapat di hapuskan.Ini adalah kerana sesiapa sahaja yang membentuk kerajaan selepas itu juga menjadi korup dan tidak cekap. Pengaruh pressure group tersebut telah dapat mencampuri urusan pemerintahan negara.


Sekiranya sesebuah negara islam mempunyai kerajaan yang terbentuk dari wakil wakil rakyat nya yang baik,cekap dan tidak korup ditekan juga oleh kumpulan ini,maka atas dasar kepentingan diri mereka,kumpulan ini akan menjadi pendusta ugama.Mereka ternyata menyembunyikan kebaculan mereka terhadap sesuatu perkara dengan meluahkan perasaan untuk mendapatkan kesihan belas orang ramai terhadap apa apa faedah dan kepentingan yang gagal mereka perolehi.Oleh itu kesan buruk tindakan demostrasi dan tunjuk perasaan samaada di adakan secara sah atau tidak akan akan musnahkan pentadbiran yang di pilih melalui undang undang secara demokratik dan menimbulkan anarki.


Perlembagaan Negara adalah undang undang tertinggi bagi orang melayu.Ia menjamin hak bersuara dan berkumpul.Kebebasan tersebut jika di salah gunakan akan memudharatkan negara..Sekiranya ada dikalangan orang melayu terlibat dalam pengedaran dadah merbahaya yang boleh memudharatkan rakyat dan negara,peruntukan kebebasan bergerak bersuara dan berkumpul sudah dengan sendirinya tidak terpakai kepada mereka.Bila di tangkap dan mempunyai bukti mereka akan dihalang untuk bebas bergerak,bersuara dan berkumpul lagi bila sabit kesalahan mereka.Begitu jugalah keadaannya jika orang melayu melakukan demostrasi untuk menukar kerajaan yang di dakwa mereka korup dan buruk.Sekiranya tindakan demostrasi hanya untuk tujuan sebegini,mungkin orang melayu boleh berjaya.Tetapi kerajaan yang korup buruk dan tidak cekap itu tidak sebegitu mudah untuk dimusnahkan.Yang pasti keadaan negara akan menjadi lebih buruk walaupun demostrasi boleh menjatuhkan kerajaan yang benar benar korup buruk dan tidak cekap.


Apa yang perlu di renongi ialah kesan tidak demokratik pressure group tersebut kepada masa depan negara dan rakyatnya.Permusuhan yang nyata akan berlaku antara rakyat dan pemimpin pemimpin mereka.Kini orang melayu sudahpun terpengaruh dengan justifikasi untuk berdemostrasi sebagai alat untuk membangitkan api kemarahan dan permusuhan sesama sendiri sebagaimana yang di kehendaki oleh iblis pelopor permusuhan.Orang melayu bila berdemostrasi akan mula berbaik baik dengan pelopor latnat tersebut walaupun 'diakui' musuh mereka yang nyata kerana telah menghidupkan 'api' permusuhan melalui demostrasi anjuran kumpulan tersebut.


Orang orang yang beriman dikalangan mereka yang berdemostrasi sudah di lalaikan melalui tindakan mereka itu untuk mentaati Allah dan Rasul dan Ulil Amri iaitu pemerintah yang diberi kuasa dari pilihan majoriti rakyat termasuk pilihan mereka sendiri.Tidak mentaati pemerintah yang di amanahkan adalah suatu kesalahan besar kerana memudharatkan keselamatan masa depan rakyat dan negara.Oleh itu sebarang suara,pergerakan dan niat berkumpul untuk menggambarkankan ketidak taatannya kepada pemerintah perlu disekat kerana hak hak mereka tersebut sudah lagi tidak bermakna.Mereka telah gagal untuk mendapatkan separuh dari keimanan mereka untuk mengasihi tanah air mereka sendiri.




Puncak tanggongjawab seorang yang ingin mengamalkan islam adalah kepada negaranya.Nabi Muhammad s.aw sanggup menjadikan dirinya sebagai barang gadaian semata mata untuk mempertahankan negara baginda.Segala pekerjaan yang dilakukan baginda adalah semata mata untuk kepentingan negara.Apa sahaja perkerjaan baginda adalah untuk di menafaatkan oleh orang lain yang sama senegara dengannya.Oleh itu janganlah ada orang melayu yang beragama menderhaka kepada negaranya.Orang melayu wajib mengenangi kesususahan yang di alami oleh datuk moyang mereka semasa negara di jajah.Orang melayu tidak boleh membiarkan diri mereka dikutuk oleh anak cucu mereka sendiri kerana cuai dan lalai hingga sanggup dan berhasrat untuk menjatuhkan negara mereka sendiri walaupun di ketahui dengan nyata negara telah mencapai kejayaan dan rakyat terdedah dengan kekayaan yang melimpah ruah hasil dari perjuangan orang melayu terdahulu.




Binatang seperti unta yang tidak mempunyai akal fikiran yang sempurna tahu akan asal usul kejadiannya iaitu untuk semata mata berbakti kepada manusia sebagai menunaikan tanggungjawabnya kepada Tuhan.Ia sanggup di bebani dengan apa sahaja yang di ingini manusia walaupun dengan upah atau ganjaran rumput yang kering



Setiap orang melayu yang ingin menghayati islam secara universal harus merenung semula tindakan mereka yang cuba dan bercadang untuk menjatuhkan kerajaan yang baik cekap dan tidak korup yang sekian lama memberi menafaat kepada agama bangsa dan negara.Nabi Muhammad saw dan sahabat sahabat baginda telah di cela diumpat sehingga di tuduh murtad hatta di bunuh oleh orang orang ternama dizaman mereka yang bermotifkan politik.Materialistik dan individulistik bermotifkan kolonialisme yang dikejar adalah asas kepada penentangan mereka untuk menjatuh kan kerajaan Nabi Muhammad saw yang baik Tindakan mereka mencela mengumpat dan bercakap songsang terhadap kerajaan nabi yang baik tadi tiada kena mengena dengan pegangan agama masing masing.Ia adalah suatu kesenambungan bentuk penentangan politik yang bermula dari zaman Nabi Musa as lagi.Sebelum itu manusia tidak ramai lagi wujud didunia yang boleh membawa berbagai isu.Di zaman Nabi Musa lah timbulnya sikap berlumba lumba mengumpulkan harta dan manusia mula berbangga dengannya sepertimana yang berlaku kepada firaun yang hidup semata mata atas konsep individulistik dan materialistik.




Nabi Muhammad saw pula pada peringkat umur dua puluhan telah digambarkan sebagai seorang yang telah dewasa kerana memperisterikan Siti Khatijah yang lebih tua usianya.Motif dan objektif perkahwinan tersebut banyak memberi iktibar.Untuk mendewasakan penuntut penuntut,suatu ikatan kedewasaan perlu di dedahkan kepada mereka.Dengan kata lain bimbingan kearah kedewasaan amat penting kepada mereka kerana tahap pemikiran dan intelek mereka mula terserlah dari serapan ilmu pengetahuan peringkat tertinggi.Kematangan mereka pula perlu sentiasa dibimbing kearah kemefaatan bukan kepada kemudharatan sehingga terlibat dalam kegiatan kegiatan yang membolehkan mereka dituduh sebagai pengkhianat demokrasi.



Titik tolak baik buruk sesuatu perbuatan yang di lakukan adalah dilihat dari sejauh mana kesan perbuatan tersebut bermenafaat pada diri bangsa agama dan negara ataupun ianya memudharatkan.Sejarah tunjuk perasaan di Malaysia setelah dikaji dari mula hingga ke "logical cause" yang akhir menunjukkan perbuatan mereka ini mendatangkan kemudharatan kepada negara yang sepatutnya di pertahankan.Elemen atau pengaruh luar adalah perkara pokok yang menjadi penggerak kepada tercetusnya tunjuk perasaan.Hak kebebasan bersuara berkumpul dan mengeluarkan pendapat dijadikan justifikasi sekirannya perbuatan dan suara mereka di sekat.



Pusat pusat pengajian tinggi gagal mematangkan penuntut mereka dalam kehidupan kampus walaupun berjaya "mengilmukan" mereka.Kematangan yang di maksudkan adalah kematangan dalam melihat dan melakukan sesuatu dalam konteks pemikiran orang dewasa.Pusat pengajian tinggi gagal menjadi "isteri" kepada penuntut mereka kerana kedewasaan yang di harapkan dari organisasi mereka tidak dapat di menafaatkan oleh penuntut mereka.Sebaliknya elemen dan pengaruh luar telah meresap masuk dan merasuk penuntut agar bangun menentang setiap apa yang mereka fikirkan tidak wajar akibat dari "perkahwinan" mereka dengan organisasi tempat mereka belajar yang tidak "bahagia".Mereka tidak lagi mempunyai masaalah mencari alasan alasan untuk mengadakan tunjuk perasaan.Dari isu pemilihan naib cancelor,tapak universiti kegagalan pemimpin penunutut dalam peperiksaan,taraf universiti sehinggalah mempertikaikan pemilihan perdana menteri,menteri besar,duta duta,kemiskinan,memiliknegarakan perniagaan,rasuah,kronisma dan lain lain lagi.



Kita di Malaysia selalu memikirkan apa yang terjadi di negara lain tidak akan berlaku di negara sendiri.Lima belas tahun dahulu,tunjuk perasaan seperti apa yang berlaku dewasa ini tidak pernah difikirkan sebagai berkemungkinan.Lima belas tahun dahulu semasa ekonomi negara melonjak naik,rakyat hidup dengan serba mewah,kejala bohsia/bohjan,budaya lepak,penyalahgunaan dadah,penggunaan islam sebagai alat perjuangan golongan berfahaman syiah juga tidak di fikirkan mungkin berlaku.Tetapi kini kronisma,penyalahgunaan kuasa kerajaan,ekonomi meleset akibat serangan spekulator mata wang dan salah urus tadbir korporat mula di jadikan isu dan tidak sesiapapun dapat mengatakan bahawa keruntuhan pentadbiran serta undang undang dan wujudnya anarki tidak boleh berlaku di Malaysia



Walaubagaimanapun budaya tunjuk perasaan tidak begitu tersebar luas di seluruh negara kerana rata rata rakyat Malaysia sentiasa mengamalkan dan memperjuangkan keamanan dan keharmonian hidup dalam rumpunan kehidupan pelbagai kaum.Rusuhan anti kaum sudah dapat di hakis semenjak tahun 1969 lagi.Dasar Ekonomi Baru yang di pelopori oleh kerajaan yang memerintah telah berjaya mengimbangi taraf hidup berbagai kaum di dalam negara.Yang paling penting adalah kesedaran majoriti rakyat khususnya orang melayu tentang hikmah dan nikmat beragama dan mengamalkan prinsip prinsip agama dalam kehidupan harian mereka.



Tunjuk perasaan melalui pressure group ini memang ada peranannya atau ada kemefaatannya tetapi kemudharatan perbuatan tersebut adalah lebih besar dalam konteks keselamatan negara.Dalam usaha menghalau nyamuk yang mengancam,janganlah sampai kelambu hendak dibakar.Padah dan malapetaka akan menimpa negara sekiranya rakyat tidak mempunyai keimanan dan keyakinan untuk mempertahankan negara yang di tuntut untuk dilaksanakan khususnya oleh orang melayu dan rakyat umumnya oleh Allah swt.

Muhammad Jauhari Hashim

Khamis, 6 Ogos 2009

PERPECAHAN DALAM MENGEJAR KEBAIKAN

Manusia di gesa untuk menumpukan hanya kepada agama yang betul semasa hidup di dunia ini.Ini adalah semata mata untuk mengelak manusia dari terbahagi kepada dua di hari kemudian iaitu manusia yang engkar dan manusia yang mengerjakan perbuatan baik.Yang menjadi isu bukanlah agama.Dunia mengiktiraf Islam adalah agama Tuhan yang sebenar(AdDin) dan betul.Ahli ahli kitab serta pengikut Nabi Musa(Yahudi) dan Nabi Isa(Kristian) juga mengakui hakikat ini.Isu yang yang timbul adalah perbezaan tafsiran antara pemimpin dan perntafsir agama berhubung dengan ajaran islam,apakah yang baik untuk dilakukan dan bagaimana mengelak dari melakukan perbuatan engkar

Tafsiran berbeza ini telah menjadikan orang islam tidak lagi bersaudara sebagaimana yang di kehendaki oleh Allah swt.Orang islam telah menolak keinginan semulajadi mereka untuk bersaudara.Orang islam bermusuhan sesama sendiri dalam sebuah negara yang majoritinya islam.Permusuhan juga terjadi antara negara negara yang mereka dakwa masing masing sebagai negara islam.

Menolak keinginan semulajadi untuk bersaudara diantara orang melayu atas dasar tafsiran agama yang berbeza telah menebal dan dapat di kesan wujud seawal perkembangan keislaman mereka.Masing masing berusaha untuk membezakan ajaran dan amalan mereka mengikut kefahaman mereka tentang kehendak semulajadi mereka yang di gariskan dalam alquran.Kealpaan pemimpin dan pentafsir ajaran islam dalam mengutamakan persaudaraan adalah semata mata dari dorongan keduniaan mengakibatkan mereka yang alim tidak secocok antara satu sama lain dalam memberi penyampaian dan pengajaran islam

Kesan langsung dari perbezaan ini penganut penganut islam lain yang kurang arif dalam ugama dipaksa untuk membuat pilihan terhadap tafsiran tafsiran berbeza yang telah dikeluarkan oleh pemimpin dan pentafsir islam yang berlainan.Perpecahan bukan sahaja berlaku antara pemimpin dan pentafsir islam malah lebih parah lagi perpecahan yang berlaku diantara penganut islam dibawah pimpinan masing masing dalam memahami dan mengamalkan islam yang diajarkan secara yang berlainan kepada mereka.

Demokrasi bererti pilihan bijak.Pemimpin dan pentafsir islam juga terlibat dalam menggunapakai prinsip demokrasi dalam memberi pendedahan kepada penganut islam di bawah pimpinan mereka masing masing terhadap konflik antara hakikat logik dan kepercayaan mereka terhadap tafsiran mereka yang berlainan tersebut.Hasilnya pemilihan yang dibuat terhadap mana mana tafsiran tersebut berisiko menjadi tidak bijak dan merbahaya kepada diri dan dan negara walaupun tidak menyimpang dari garis panduan asal yang telah ditetapkan oleh alquran.

Akhlak yang baik adalah tumpuan dan keinginan setiap orang melayu yang berugama islam.Malangnya berbagai bagai tafsiran yang berlainan diberikan oleh pemimpin dan pentafsir islam dari sudut amalan dan pengajaran untuk menjadikan seorang melayu itu berakhlak baik dalam mengelakkan diri dari engkar kepada suruhan Tuhan.Material atau kebendaan tidak dapat membentuk akhlak yang baik tetapi sekiranya orang melayu berpegang kepada nilai nilai akhlak yang baik,material dapat digunakan untuk mencapai kebahagiaan tulin.Akhlak bertunjang dari hati.Apa sahaja pengajaran islam yang baik dan betul yang berjaya di sematkan didalam hati semasa mengamalkannya akan mencernakan tahap ketinggian akhlaknya kerana segala saranan atau seruan alquran bukan di luar dari impian dan aspirasi.Malah semuanya adalah kehendak manusia secara semulajadi

Tafsiran berbeza tentang akhlak yang baik telah menjadikan orang melayu islam bermusuh sesama sendiri dalam mempertahankan kebenaran masing masing.Salam faham ini mesti dibetulfahamkan terlebih dahulu sebelum keputusan di ambil untuk bermusuhan.Adakah mungkin terdapatnya dinding penghalang(hijab) yang menjadi punca orang melayu LUPA untuk memahami secara bersama apakah yang sebenarnya yang betul mengenai islam yang ingin di fahami dan di amalkan bagi mencapai kebahagiaan dunia akhirat?Adakah mungkin terdapatnya dinding/hijab bila orang melayu mengambil pengetahuan agama dari peninggalan nenek moyang mereka(resam)?.Adakah mungkin terdapatnya dinding/hijab bila orang melayu mengambil pengetahuan agama berdasarkan kehendak sendiri secara semulajadi.(tabie)?.Adakah terdapat dinding/hijab bila orang melayu mengambil pengetahuan agama dari tafsiran tafsiran yang tidak menetapi sasaran yang di kehendaki oleh Allah swt.(Suul makrifat)?

Salah faham tersebut mampu mempengaruhi pilihan orang melayu dalam penerimaan mereka terhadap ugama islam yang betul agar dapat mencungkil motif dan objektif Nabi Muhammad saw di bangkitkan oleh Allah swt buat memimpin seluruh manusia di atas prinsip kemahuan mereka secara semulajadi.Baginda ditonjolkan dalam alquran sebagai negarawan ulung yang tidak dapat ditandingi bukan sahaja pada zamannya,malah dari awal tamaddun dunia semenjak manusia dijadikan hingga ke hari kiamat.Profesyen baginda adalah memimpin manusia sejagat berpandukan undang undang alquran.Baginda mengajar umatnya untuk menghadapkan diri kearah ugama yang tidak sesat kerana islam adalah ugama yang diciptakan dengan terciptanya manusia oleh Allah swt untuk menerimanya.Oleh itu untuk membetulkan dan meluruskan kefahaman tentang ugama islam,Nabi Muhammad saw telah memerangi habis habisan tiga jenis hijab/dinding tersebut.Alasannya manusia tidak mungkin dapat memperhambakan diri kepada Allah swt dengan sebenar benarnya kerana tiada mempunyai pengetahuan atau kesedaran tentang hijab hijab atau dinding dinding pemisah antara manusia dengan kehendak sebenar Tuhan mereka


Hijab hijab berkait rapat dengan kejadian manusia itu sendiri.Dijadikan Allah swt secara semulajadi ingin mencari kebahagiaan hidup beragama dengan mengikuti jejak langkah pengalaman dan pengajian dari datuk nenek,ingin bersandarkan kepada adat dan resam mereka turun temurun dan sentiasa di dedahkan oleh tafsiran tafsiran agama yang berbeza menimbulkan salah faham,lemah dan kadangkala ternyata terpesong dari kehendak Tuhan.


Orang melayu yang berpegang kepada nilai nilai kerohanian yang betul sebagaimana digariskan dalam alquran akan dapat mencapai kebahagiaan hidup dalam kemewahan beragama.Orang melayu berbekal kan Rahmat Tuhan masih boleh mengasingkan diri dalam satu kawasan yang selamat walaupun tidak memutuskan sama sekali perhubungan dengan dunia luar sepertimana biasa.Kemudahan berkomunikasi tanpa sempadan telah mengakibatkan pencerobohan nilai nilai baharu barat timur utara dan selatan kedalam kehidupan orang melayu yang memerlukan panduan alquran untuk menerimapakai yang baik dan dapat menangkis apa sahaja yang memudharatkan.

Keutamaan yang di berikan kepada nilai nilai material telah mengakibatkan nilai nilai kerohanian yang turun temurun di amalkan tidak lagi membawa kesan kebahagiaan kepada orang melayu.Soalnya adakah nilai nilai nilai kerohanian yang di gariskan Tuhan melalui ayat ayat alquranNya itu telah dapat di tewaskan oleh falsafah kebahagiaan materialistik barat atau nilai kerohanian islam yang di amalkan turun temurun itu tidak lagi bertepatan dengan dengan amalan dari pengajaran islam yang betul.Ini telah menyebabkan keinginan semulajadi orang melayu ditahap yang melampau sehingga membelakangkan prinsip asas ketuhanan akibat dari mengikatkan diri secara kukuh kepada pentafsiran yang tidak menetapi kehendak alquran

Amalan turun temurun mencampuradukkan amalan beragama dengan adat resam akibat salah faham dari tafsiran tafsiran berbagai itu boleh membuatkan orang melayu terjerumus kedalam golongan manusia materialistik bila desakan keinginan semulajadi terhadap material melebihi kehendak semulajadi orang melayu untuk berbakti dan bertakwa kepada Allah swt.Keduniaan dalam perspektif kerohanian adalah orang melayu perlu bersifat materialistik tetapi fikiran nya sentiasa terkawal dari sifat tamak untuk melakukan apa sahaja dalam menambah kekayaan dan harta semata mata.

Materialistik dengan itu tidak boleh lagi menjadi dinding untuk memisahkan antara dunia dan ketuhanan bagi orang melayu.Oleh sifat kemanusiaan orang melayu sahaja yang dapat di jadikan alat untuk memecahkan dinding yang selama ini menyebabkan mereka mengasihi keinginan semulajadi melebihi kasih sayang kepada Allah swt.Miskin dan kaya dengan itu tidak boleh menentukan akidah dan keimanan.Hidup sebagai seorang miskin dan sebagai seorang yang kaya adalah keadaan yang bertentangan dan adalah tidak adil untuk memilih salah satu daripadanya bagi mengukur akidah dan keimanan.Ini adalah kerana dalam situasi tammaddun dunia hari ini untuk menjadikan seseorang itu diiktiraf sebagai pemimpin adalah bergantung kepada kekuatan ilmu dan material yang ada padanya.Tanpa kedua duanya,seorang pemimpin akan kecundang dalam kepimpinannya.Dengan akidah dan iman sahaja seorang pemimpin tidak dapat memerintah negara yang juga memerlukan unsur unsur material.Sayidina Osman ra dan Siti Khtijah adalah contoh jelas betapa perlunya dua gandingan itu dalam mewujudkan pemerintahan yang berkesan.Dengan ilmu dan nilai material yang ada pada mereka islam dapat di perkembaangkan keseluruh dunia.

Sikap materialistik melampau akan menjadikan orang melayu korup dan mengamalkan pemerasan,eksploitasi dan monopoli.Nilai kerohanian yang diterima orang melayu dengan betul sahaja di harap akan melahirkan kepuashatian dan kesederhanaan yakni menghadkan kepada keperluan hidup tertakluk kepada kedudukan masing masing dalam masyarakat dengan mengambil kira suasana,tempat masa dan bagaimana kesederhanaan itu dapat di menafaatkan

Muhammad Jauhari Hashim

Rabu, 5 Ogos 2009

UMNO DAN KEBAHAGIAAN MAJMUK

Perpaduan telah menjadi teras perjuangan umno sebelum dan selepas merdeka.Usaha menyatupadukan orang melayu dalam hidup bermajmuk ialah intipati sejarah penubuhan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu(PEKEMBAR) diatas moto bersatu bersetia dan berkhidmat.

Oleh itu perjuangan UMNO adalah di atas segala usaha kearah menyatupadukan orang melayu.Sekuat mana tekad kearah tersebut sekuat itu jugalah keretakan dan perpecahan berlaku diantara orang orang melayu.Ini adalah bercanggah dengan keunikan orang melayu yang meletakkan ugama Islam sebagai asas kepada keturunan mereka.

Kewajipan manusia manusia berpotensi Nabi nabi sebagaimana yang diilhamkan Allah melalui alquran Nya adalah untuk mentadbir dan menjalankan siasah menerusi bahan bahan yang baik samaada dalam bentuk pemikiran atau amalan yang telah sedia ada secara semulajadi pada setiap bangsa tersebut.Nabi Isa diangkat dengan pengiktirafan Allah swt untuk di utuskan kepada umat(bangsa)nya sendiri.Baginda di lahirkan di kalangan manusia manusia berfahaman Nasrani/Kristian yang pada masa itu mempunyai pemikiran pemikian dan amalan amalan yang selaras dengan kehendak Tuhan(Kitab InjilNya) dan juga mempunyai pemikiran pemikiran dan amalan amalan yang tidak seras dengan kehendak Tuhan.Begitu juga dengan Musa yang berpotensi Nabi telah di angkatkan Tuhan kepada umat bangsanya sendiri yang berfahaman Yahudi.Mereka juga sudahpun mempunyai pemikiran dan amalan yang selaras dan tidak selaras dengan kehendak Tuhan dalam Kitab TauratNya

Sejarah Tanah Melayu mengingatkan kita bahawa keislaman Parameswara di Negeri Melaka telah menjadikan orang melayu yang bernaung bawahnya diislamkan bersama.Begitu juga apa yang berlaku di setiap negeri lain sebagai daerah daerah dalam Tanah Melayu,sepertimana ianya berlaku di seluruh gugusan kepulauan melayu.Aliran pemikiran dan amalan Islam orang orang melayu yang bernaung di bawah Raja raja melayu sebagai ketua bagi daerah daerah mereka yang telah memeluk ugama Islam telah mencetuskan prinsip untuk menegakkan ketuanan melayu iaitu keislaman menerusi kekuasaan raja raja melayu.

Perpaduan Melayu yang di perjuangkan UMNO mesti di fahami oleh orang orang melayu yang ingin meyertai nya dari sudut pemikiran dan amalan islam yang yang di tunjangi UMNO melaui sejarah penubuhannya.Fakta nya negara negara yang majoritinya melayu masing masing tidak besar dan gagah secara bersendirian walaupun angka keseluruhan orang orang melayu yang berada diseluruh dunia telah mencecah 250 juta.

Namun begitu UMNO telah merealisasaikan hasrat ahli ahlinya untuk mewujudkan perpaduan melayu dalam konteks kebahagiaan islam orang melayu di dalam sebuah negara yang terdiri dari rakyat berbilang kaum dan fahaman keagamaan berteraskan sistem politik melayu.Perpaduan yang diperjuangkan UMNO adalah untuk mendapatkan sokongan majoriti orang melayu dan bumiputera untuk berdiri di belakang parti mempertahankan keluhuran Perlembagaan Negara yang berkuatkuasa apabila Negara di merdekakan setelah prinsip prinsip perlembagaan negara berjaya diterjemahkan oleh rakyat sebagai penyatuan majoriti melayu,bumiputra dan parti parti terbesar berasaskan kaum yang lain dalam suatu ikatan politik(Perikatan @Barisan Nasional.)Kesannya majoriti rakyat yang menyokong sebagai balasannya memperolehi keistimewaan dan nilai nilai material hasil kejayaan pembentukan ikatan politik mereka tersebut.


Negeri negeri di Tanah Melayu pada asalnya terpisah dari sudut kepentingan kedaerahan(negeri) dan taat setia rakyat kepada pemerintahan negeri wujud secara turun temurun.Sikap dan kepentingan pemerintah pemerintah negeri dan rakyatnya berbeza di antara satu dengan yang lain.Perpaduan walaubagaimanapun diakui baik oleh semua pemerintah negeri dan rakyat samaada yang berugama islam atau tidak dalam membentuk benteng mempertahankan kemerdekaan negara.


Malangnya tidak semua orang melayu,bumiputera dan kaum kaum yang lain bersependapat dengan teori perpaduan cetusan UMNO.Ini adalah kesan dari "adat" sistem politik melayu yang di mulakan dengan perpecahan dan pemisahan yang dipengaruhi oleh sikap dan kepentingan ditiap tiap negeri.Kadangkala satu satu negeri boleh terpisah dari politik perpaduan yang di perjuangkan UMNO akibat dari sentimen kepentingan kenegerian yang kuat di kalangan orang melayu yang membentuk majoriti dalam negeri yang berkenaan.Hikmah yang mampu di ambil dari sikap negatif dan tidak baik ini mungkin ada kaitannya dengan kebesaran prinsip "ketuanan melayu"


Orang melayu di Malaysia mempunyai sekurang kurangnya dua "kerakyatan" iaitu kerakyatan yang diikat dengan dengan ugama islam dalam Enakmen di setiap negeri dan juga kerakyatan yang di ikat dengan ugama islam dalam Perlembagaan Persekutuan.Tidak ramai orang melayu dapat membezakan hak dan kepentingan serta tanggungjawab yang ada pada mereka dalam dua kerakyatan tersebut.Sebagai contoh sekiranya hak dan kepentingan orang melayu disatu negeri bercanggah dengan hak dan kepentingan nya sebagai rakyat sebuah negara,maka hak dan kepentingannya sebagai rakyat sebuah negara perlu di utamakannya.Keadaan yang sama apabila menyentuh tanggungjawab seorang melayu kepada negara melalui undang undang kerana setiap undang undang dalam Enakmen Negeri tidak akan terpakai sekiranya ia bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.Oleh itu orang melayu yang mengikat dirinya dengan ugama islam melalui kesetiaan kepada raja raja mereka perlu melupakan hak kepentingan serta tanggungjawab mereka sebagai rakyat sebuah negeri sekiranya bercanggah dengan hak kepentingan serta tanggungjawabnya kepada negara.

Kefahaman yang perlu diberikan UMNO kepada orang melayu tentang perpaduan yang di perjuangakan adalah berhubung rapat dengan dengan persetujuan majoriti orang melayu melalui pertubuhan mereka masing masing di setiap negeri bahawa mereka BERSATU ingin berkongsi kuasa dengan pertubuhan pertubuhan yang mewakili pelbagai kaum dalam negara demi mencapai kebahagiaan dari perpaduan majmuk berasaskan politik melayu dalam Barisan Nasional tanpa menjatuhkan mertabat ugama Islam pegangan orang melayu.UMNO dengan itu adalah pelopor perpaduan dalam konteks politik islam yang sebenarnya

Seorang Nabi apabila diutuskan Allah swt kepada umat dizamannya bukanlah membawa suatu pendapat atau aliran pemikiran atau iktikad dan adat resam yang baharu tetapi berfungsi untuk mengesahkan atau menafikan apa apa pendapat,aliran pemikiran,iktikad dan adat resam yang telah sedia ada pada umatnya berbuktikan kitab Allah yang dibekalkan bersamanya.Slogan UMNO bersatu bersetia dan berkhidmat apabila di amalkan akan menjadikan orang melayu pelopor Islam yang sentiasa mengamalkan kesatuan diantara sesama melayu sebagai pra syarat untuk mereka mengujudkan perpaduan dikalangan semua rakyat di Malaysia.Apabila orang melayu secara jujur dan ikhlas berhasrat untuk menjadikan diri mereka dipandang tinggi oleh negara dan keseluruhan rakyat rela hati mengiktiraf ketuanan melayu dalam Perlembagaan,maka adalah tidak adil dalam sebuah negara yang merdeka,membiarkan orang melayu pada masa yang sama menganggap diri mereka sebagai rakyat sebuah negeri yang kecil dan lemah.

Perjuangan orang melayu menentang Malayan Union pada tahun 1946 merupakan perjuangan politik persatuan persatuan orang melayu di semua negeri dalam negara untuk bergabung membentuk UMNO.Perubahan pucuk pimpinan UMNO dan penyatuan terus ahli kedalam satu UMNO Pusat dan melantik UMNO setiap negeri sebagai penghubung antara bahagian bahagian dan antara cawangan cawangan nya di seluruh negara masih tidak dapat lagi mengubah sikap orang melayu yang berkepentingan kepada negeri masing masing.Kesan nya prinsip penyatuan dan perpaduan yang di perjuangkan UMNO difahami secara berlainan oleh orang melayu di negeri masing masing.

Bagi orang melayu di negeri negeri yang mempunyai penduduk yang seimbang akan lebih memahami konsep penyatuan dan perpaduan UMNO dari orang melayu dinegeri negeri yang penduduknya merupakan majoriti besar.Nilai kerakyatan negeri yang di rasai oleh orang melayu akan lebih tinggi di negeri negeri dimana orang melayu mempunyai majoriti besar penduduknya sehingga mempengaruhi pertimbangan mereka terhadap kebesaran penyatuan dan perpaduan yang di perjuangkan UMNO.Kesannya UMNO di negeri tersebut menghadapi risiko kelemahan sehingga gagal diwakilkan rakyat untuk mentadbir negeri selaras dengan pentadbiran persekutuan.

Penyatuan yang di kehendaki oleh UMNO ialah penyatuan orang melayu dalam kefahamannya tentang kehendak Perlembagaan iaitu bersatu dalam memberi kebebasan kepada rakyat Malaysia melalui parti atau mana mana saluran politik mereka berpadu dengan UMNO dalam sama sama mentadbir sebuah negara yang merdeka melalui suatu badan politik anjuran UMNO(Barisan Nasional)Penyatuan ahli UMNO dengan itu tidak perlu di sertai dengan penyatuan sikap dan kepentingan terhadap negeri masing masing agar penyatuan ahli UMNO di negeri negeri mencerminkan penyatuan sebenar orang melayu dalam UMNO Pusat

Muhammad Jauhari Hashim