KINDLE

Sabtu, 26 September 2009

ORGANISASI DAN DISIPLIN SOLAT Bah 1

Bila membicarakan falsafah solat,organisasi serta disiplinnya,setiap manusia yang beriman tidak kira apa bangsa warna kulit dan keturunannya adalah sama disisi Tuhan.Tidak akan wujud jurang pemisah antara kaum dan warganegara samaada yang muda atau yang tua dalam melaksanakan tanggungjawab yang timbul dari keberkesanan solat.Inilah keistimewaan dan kebesaran bersolat yang di tuntut oleh fitrah semulajadi manusia yang beriman.Oleh itu organisasi dan disiplin solat amat penting bagi manusia yang beragama dalam menjalani kehidupan harian mereka.Solat merupakan alat perhubungan dalam mendapatkan pakaian yang akan di bekalkan khusus oleh Allah swt kepada pengamal solat yang berpotensi dan berwibawa.



Dari abad ke lima belas sehingga ke abad dua piloh,hanya Thailand,China dan Jepun adalah antara negara negara di rantau Asia yang bebas dari penjajahan eropah.Ini adalah berpunca dari organisasai dan disiplin hidup rakyatnya yang amat ketara kuatnya dapat menangkis setiap serangan dan penaklukan oleh pihak barat.Nilai nilai kemanusiaan yang ada pada rakyat di negara negara tersebut tidak memudahkan mereka tunduk kepada kuasa kuasa barat tersebut secara melampau.Imperialisma Barat berkembang di seluruh dunia adalah akibat dari tenggelamnya peradaban dan tamaddun islam.Puncanya antara lain adalah manusia yaang berugama telah melupakan disiplin dan organisasi solat yang dilakukan oleh mereka



Sejarah islam telah membuktikan bahwa dalam Peperangan Badar tentera islam yang hanya berjumlah 313 dibawah pimpinan Nabi Muhammad saw telah berjaya mempertahankan maruah dan imej islam dan penganutnya dari serangan kafir quraisy.Ini adalah hasil dari 13 tahun pengajaran nabi Muhammad saw semasa di Mekah berhubung dengan ibadah khusus yakni mengorganisasikan serta mendisiplinkan umatnya melalui ibadat solat.Kesannya akidah tentera islam di Badar amat kukuh sehingga mampu dengan pertolongan Allah swt menangkis semua ancaman musuh mereka.



Panglima dan Hulubalang yang mempertahankan Melaka dari serangan Portugis mendapati mustahil untuk memberi arahan arahan yang tepat dan berkesan dalam jangkamasa yang di kehendaki kerana tentera tentera yang mengawal Melaka pada masa itu tidak di bekalkan dengan "line of commands" yang lengkap sebagaimana tentera tentera Portugis bagi mempastikan segala arahan dapat di sampai kan secara tepat dan berkesan.Manakala sistem perhubungan antara tentera tentera dan dan ketua ketua mereka tidak kemas sehingga masing masing terpaksa bertindak bersendirian dan tidak serentak.

Zaman kegemilangan pemerintahan islam memerlukan umat islam melakukan ibadat solat hingga sampai kehati mereka.Ibadat solat perlu menjurus kearah kesannya yang membuahkan kerajinan melakukannya kerana terdapatnya unsur unsur kemanisan kelazatan dan zuk padanya.Destinasi amalan solatnya pula mampu menguruskan perhubungan diri dengan Allah dan dengan sesama manusia,Habluminallah Habluminannas.Setiap lafaz yang di buat dalam solat diucapkan dengan hati hati penuh kesedaran,memahami makna dan maksud setiap daripadanya

Berdiri menghadiri diri dihadapan Allah swt laksana mayat terbujur kaku beku untuk di mandikan dan diperintah pula untuk mengaku kebesaranNya,segala kepujian adalah milikNya, KesucianNya pagi dan petang petang.Manakala sumpah taat setia nya pula "AKU HADAPKAN DIRI KEPADA TUHAN YANG MENJADIKAN LANGIT DAN BUMI,DENGAN LURUS PATUH DAN SEKALI KALI TIDAK INGIN MENJADI ORANG YANG MUSHRIK.SESUNGGUHNYA SOLAT KU IBADATKU HIDUP KU DAN MATI KU HANYALAH UNTUK TUHAN YANG MEMELIHARA SEKELIAN ALAM.AKU KINI DIPERINTAHKAN DAN AKU YAKIN BERADA DALAM GOLONGAN MUSLIMIN"

Setiap pergerakan dalam solat, bacaan serta tamakninahnya bukan sahaja tetap tetapi setiap daripadanya mempunyai mesej dalam menunjukkan cara untuk bertugas dan menjalankan tanggungjawab tujuh anggota tubuh badan dengan tepat dan serentak.Solat adalah latihan pengamalnya dalam menyusun diri sebagai satu pasukan bukan ingin bertindak secara bersendirian tetapi berjemaah.Organisasi dan disiplin yang terbentuk dari solat yang sempurna akan memainkan peranan yang berkesan kepada pengamal solat sedemikian dalam menjayakan tugas dan tanggungjawab terhadap agama diri keluarga bangsa dan negaranya.Ketertiban susunan tatacara solat adalah begitu kemas membuktikan organisasi dan disiplin yang ketat ingin di kuatkuasakan.

Muhammad Jauhari Hashim